Assalamu'alaikum, hai...
Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut hari merdeka yang ke-57 yer. Ambang merdeka malam ni... Mesti ramai yang join kan. Aku pulak duduk rumah je dengan family. Hubby ke bandar Bintulu dengan adik. Esok baru balik. Ambik barang tak habis lagi. Biasalah... Kalau dah pindah, mesti banyak barang nak kena bawak. Nak bawak sekali... Mana cukup Alza sebuah. Haha... Nak tak nak... Kena angkut 2 kalilah jawabnya.
Bila dah duduk rumah... Tak tahu nak buat apa... Kebiasaan, bila bergelar mak buyong, aku pasti kuat makan dan minum. Lately... Aku suka sangat minum teh... Terutamanya uncang teko teh cap lipton. Lagi... Teh jenama lipton kegemaran family aku. Wajib ada setiap kali membeli barang dapur.
Walaupun tahu... Teh boleh menyebabkan kadar hb menurun. Tapi still nak minum. Sekarang lagilah... Bila tahu masa checkup haritu... hb cantik. Apalagi... Semakin ligat minum teh. Susu pulak memang jarang nak minum. Entahla! Pada aku... Teh sangat sedap terutamanya bila time petang minum dengan cucur pusuk. Fuh!... Cakap pun tak guna kan...
Then, bukan tu je... Siap buat ais lagi semata-mata nak buat teh o' ais. Masa mengandung Alia dulu. Memang aku tak berminat nak minum teh. Tapi kali ni... Tak boleh kalau tak minum. Mesti minum. Kekadang ada jugak kena tegur dengan mak. Tak elok sebenarnya minum teh time mengandung... Takut hb menurun. Tapi tulah... Nak buat macam mana, kalau hati kata teringin.Hehe...
Teh o teh...
Teh o teh...
1 Comments
Sama la dgn sy kak. Time x ngndung x suka pn minum. Tp time ngndng suka. Suka teh laici. Buh pula ais.. Syok layan.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.