Assalamualaikum,
Selamat Petang.
Cara Atasi Masalah Ikan Banyak Tulang | Satu lagi blog post terbaru untuk harini. Seperti yang kita tahu... Ikan banyak tulang memang sedap.
Contohnya ikan terubuk... Ikan terubuk adalah salah satu jenis ikan laut yang banyak tulang di Sarawak. Sangat sedap bila dimasak stim, goreng dan jugak dibakar.
Tapi bila mengenangkan banyak tulang... Rela tau tak makan, bak kata adik bongsuku... Yang sangat-sangat antikan ikan banyak tulang.
TIPS SIANG IKAN BERTULANG AGAR MUDAH UNTUK DIMAKAN
Namun begitu, my mom ada tips agar ikan bertulang senang dimakan... Kebetulan semalam masak ikan bertulang untuk lunch. Apalagi... Terfikir nak kongsikan di sini... Maka terhasillah entri ini. Hehe...
Caranya amat mudah... Tarik ekor ikan ataupun kelarkan dibahagian badan ikan sehalus yang mungkin.
Kemudian, goreng mestilah garing. Pada Fiza, itulah cara terbaik untuk masak ikan banyak tulang. In Shaa Allah, Senangla nanti nak asingkan isinya... Tapi biasanya kalau dah dikelar halus... Dengan tulang-tulang Fiza makan. Rangup tau. 🤭
Alhamdulillah... Rezeki semalam, kemain berselera mak ayah dapat makan ikan bertulang. Dorang cukup suka dapat makan ikan fresh... Tau jelah kampung kami, susah jugak nak dapat ikan fresh.
Sekian, entri ringkas dari Fiza.
#MenuIkanBertulang
#CaraMasakIkanBertulang
2 Comments
Aku kalau ikan yang banyak tulang ni, lebih suka goreng garing ... senang nak makan dan sedap! nak2 lagi bila cicah sambal ...:)
ReplyDeleteSamalah kita. Bila goreng senang nak makan.
DeleteAlahai, banyak betul komen tak berbalas. Sorry tau.
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.