Assalamu'alaikum, hai... 
Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018 | Anjuran blogger otai, encik Hasrul Hassan. Alhamdulillah, mana mungkin Fiza nak melepaskan peluang keemasan ini. Nanti bolehlah blogwalking sama-sama. Jika berminat nak turut serta, klik pada banner di bawah untuk mengetahui terma dan syaratnya. 

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

5 AKTIVITI MENARIK DI BULAN PUASA 2018

Antara syarat segmen encik Hasrul Hassan adalah dikehendaki menyenaraikan 5 aktiviti yang akan kita lakukan semasa bulan puasa. Untuk ramadan kali ni, In Shaa Allah... Antara aktiviti akan Fiza lakukan adalah seperti berikut :-

01 | TIDAK KE BAZAAR RAMADAN
Alhamdulillah, Fiza memang tak akan ke bazaar ramadan. Alasannya, tak suka nak bersesak. Tambahan pulak, dulu kerap juadah dari Bazaar ramadan ada yang basi. Sudahnya, Fiza punyai carta sikap... Sampai sekarang masih boikot. In Shaa Allah, ramadan tahun ni pun masih mengekalkan tradisi. 

02 | MEMBACA AL-QURAN
Azam puasa tahun ni... In Shaa Allah akan baca satu surah setiap kali lepas waktu solat. Doakan Fiza istiqomah ye.

03 | MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
In Shaa Allah... Mudahan dimurahkan rezeki untuk dikongsikan bersama umat manusia yang lain. 

04 | TARAWIH
berazam untuk berterawih di masjid atau di surau berdekatan bersama encik suami. 

05 | PASANG PELITA DI LAMAN RUMAH
Aktiviti tradisi setiap tahun, biasalah... Bila ramai dah balik, pastinya anak-anak mintak di pasangkan pelita... Tahun ni, giliran beraya di rumah mak. Pastinya meriah tak terkata. 

Done! 

Jom! Sertai segmen ni.