Assalamu'alaikum, hai... 
Drama bersiri cinta tiada ganti | Semalam last episod drama bersiri Monalisa ditayangkan, dan drama yang menggantikannya dan mulai bersiaran harini adalah drama cinta tiada ganti.  Menurut sumber, drama ini diadaptasi daripada drama popular Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas. Dibintangi oleh Nelydia Senrose (Ara) , Aedy Ashraf (Mukhriz) , Hafidz Roshdi (Nazim), Sweet Qismina, Ben Amir, dan ramai lagi. Drama rantaian 100 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dibawah terbitan Global Station Sdn Bhd. 

Kredit : Myinfotaip

Based on sinopsis drama Sana'y Wala Nang Wakas... Ia mengisahkan tentang  percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan insan bernama Ara@Arabella Grace Garcia (lakonan Kristine Hermosa) bersama Kristian Soriano (lakonan Jericho Rosales). Pertemuan yang tidak disengajakan di atas kapal sewaktu kali pertama bertentang mata dan beberapa insiden-insiden kecil telah membuatkan mereka bermusuhan. Namun takdir telah menyebelahi mereka apabila sekali lagi Ara bertemu Christian sewaktu beliau menjalani latihan pertama bekerja sebagai jurucakap pelancong di Pulau Corregidor. 

Tragedi jatuh dari bot tersebut telah membawa mereka ke sebuah pulau terpencil di mana bermulanya destinasi percintaan mereka. Setelah diselamatkan selama beberapa hari terperangkap dari pulau tersebut, Ara dan Kristian memulakan hidup masing-masing di kota Manila. Kristian peneraju Swan Airlines dan pengarah bagi majalah Metro berasal dari golongan berada serta kaya, manakala Ara pula setelah ditinggalkan ibunya kira-kira 15 tahun yang lalu tinggal bersama nenek angkatnya iaitu Choleng serta ayahnya Anton yang menjalani hukuman di penjara.

Hidup Ara dihiasi dengan suka dan duka turut ditemani rakan-rakan baiknya iaitu Shane dan Newton. Pertemuan demi pertemuan antara Ara dan Kristian telah menerbitkan bait-bait cinta antara mereka. Sikap romantis seta penyayang yang ada pada diri Christian telah membuka pintu hati Ara untuk menerima Christian sebagai kekasihnya. Bagi mereka, cinta yang agung ini tidak akan terpisah dan mereka percaya bahawa cinta suci ini akan tetap kekal abadi walaupun pelbagai halangan dan rintangan di dalam perhubungan mereka. 

Namun konflik masa lampau akibat dosa-dosa silam ibu bapa mereka telah memisahkan hubungan percintaan dua insan ini. Ara yang mengetahui bahawa ayahnya yang menjalani hukuman penjara selama 15 tahun adalah pembunuh kepada ibu bapa Kristian telah nekah memutuskan hubungan mereka. Namun rahsia ini terbongkar apabila nenek kepada Christian dan adiknya Rain iaitu Dona Veleria Velencia ( Gloria Ramero) mengkucar kacirkan keadaan dengan menuduh ibu kandung Ara iaitu Elizebeth@Yvette yang telah membunuh Emilio Soriano dan Rhodora Soriano pada malam dia ingin lari bersama Richard. DVV yang sememngnya berdendam kepada Elizabeth kerana anak kesayangannya iaitu Richard telah memilih Elizabeth perempuan sederhana dari kampung sebagai kekasihnya dan menolak Bettina gadis pilihan beliau.

DVV merupakan bekas perempuan simpanan Nicanor Soriano iaitu datuk kepada Christian dan Rain melahirkan Richard dan tinggal bersama keluarga Soriano sanggup mengambil upah sebagai orang gaji keluarga tersebut kerana semata-mata ingin berada bersama Soriano. Namun luka menjadi lebih parah buat DVV apabila Soriano tidak meniktiraf beliau sebagai isteri dan tetap menyayangi isterinya sehingga ke akhir hayat beliau. Dengan itu DVV tekat untuk membalas dendam terhadap keluarga Soriano dengan mengadakan pelbagai rancangan dan tipu helah untuk menghancurkan Christian dan Arabella. 

Setelah Elizabeth mengetahui bahawa Ara adalah anak kandungnya yang ditinggalkan selama 15 tahun, dia kembali bersama keluarga Ara, Choleng dan Anton dan tinggal bersama mereka. Namun kebahagiaan itu tidak lama kerana DVV mengadakan pelbagai rancangan untuk menghancurkan mereka sehinggalah mereka lari meninggalkan tempat tersebut.

Sewaktu di dalam perjalanan, keretapi yang membawa mereka telah mengalami kemalangan sehingga mengorbankan Choleng dan Anton, namun Ara dan Elizabeth telah diselamatkan oleh seorang lelaki yang ketika itu bersama-sama menaiki keretapi tersebut iaitu Leo@Leonardo Madrigal III ( Diether Ocampo ). Leo telah menyembunyikan identiti Ara dan Elizabeth dari pengetahuan umum sehinggalah Christian, DVV dan rakan-rakan Ara menganggap mereka semua telah mati semasa kemalangan itu. Leo telah membawa Ara ke kediamannya dan memperkenalkan Ara bersama keluarganya. Datuk Leo iaitu Don Marcelo Madrigal telah terpikat pada Ara dan menganggap bahawa Ara adalah kekasih sebenar cucunya-Leo.

Sementara Christian yang kecewa nekad untuk membunuh diri kerana beranggapan dia telah kehilangan segala-galanya akibat dari kematian Ara. Namun Christian telah diselamatkan oleh Marry Ann ( Angelika dela Cruz ) sewaktu beliau terjun ke dalam sungai. Tragedi  itu telah membawa Marry Ann dalam hidup Christian. Christian telah membawa Marry Ann bersama-sama adiknya untuk tinggal bersama beliau atas rasa terima kasih beliau kerana telah menyelamatkannya. Christian juga menganggap Marry Ann adalah umpama Ara kerana sikap sungguh-sungguhya dan minatnya terhadap sesuatu bidang yang diceburinya. Christian juga turut merealisasikan impian Marry Ann selama ini iaitu untuk menjadi penyanyi dan mempunyai album serta studio record sendiri. 

Sesungguhnya kehadiran Marry Ann dalam hidup Christian dan Leo dalam hidup Arabella telah membawa sinar dalam kehidupan mereka. Namun hati mereka tetap merindui kenangan-kenangan manis sewaktu bersama-sama dahulu. Dapatkah Christian dan Arabella bertemu kembali? Dan dapatkan mereka menerima semula setelah hati dihancurkan sehingga ruang kosong itu telah terisi?


*********

Dulu... Kalau Drama Filipina Sana'y Wala Nang Wakas... Memang popular. Cuma masa tu tak layan. Now dah diadaptasi dalam versi Malaysia... Adakah ia mampu menandingi drama sebenarnya... Atau adakah aura Nelydia Senrose mampu membawa kelainan... Nak tau plot ceritanya... Ada masa bolehla tengok di Astro Prima 105, Maya HD... Setiap Isnin hingga Jumaat, Jam 6 petang... 

Set masa ok 😊

#DramaCintaTiadaGanti