Assalamualaikum, hai...
Jagung Rebus Untuk Minum Petang | Alhamdulillah, rezeki minum petang kami untuk semalam adalah jagung rebus. RM5 seikat... Sangat murah, berisi pulak tu.
Nak hasilkan jagung rebus yang sedap, kena masukkan sedikit garam dan gula ke dalam rebusan jagung. In shaa Allah, jagung yang terhasil pastinya akan terasa lemak manis. Begitulah petua yang arwah nenek tinggalkan buat kami. Alhamdulillah, sampai sekarang Fiza still mempraktikkannya setiap kali bila merebus jagung.
APAKAH KEBAIKAN DI SEBALIK JAGUNG
Untuk pengetahuan kita bersama, jagung mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya adalah seperti membantu mengawal kolestrol di dalam badan... Di mana, jagung dikatakan mengandungi vitamin C, karotenoid dan bioflavinoid yang mana boleh meningkatkan aliran darah sekaligus mengawal kolestrol dalam badan.
Selain itu, jagung jugak baik untuk ibu hamil. Di mana, jagung mengandungi sumber yang kaya dengan asam folat dan ianya dikatakan dapat mencegah kekurangan berat badan pada bayi yang baru lahir dan mengurangkan risiko bayi lahir cacat.
Kemudian, jagung jugak dikatakan kaya dengan antioksidan yang mana dapat membantu dalam menjaga kulit menjadi awet muda.
Tu antara 3 kebaikan terpenting pada jagung yang perlu kita ketahui. Lagi pulak, jagung sejenis tanaman yang mudah didapati. So, lepas ni bolehla ambik jagung selalu dalam diet harian... Terutamanya buat kaum wanita yang pentingkan kecantikan. Daripada ambik produk sampah... Baik ambik makanan yang berkhasiat. Kan?
Tapi kan... Ada jugak orang yang tak suka makan jagung. Alasannya, gigi dan gusi sakit bila makan jagung. Hahaha... Boleh pulak gitu kan...
1 Comments
sedapnya jagung dalam cawan :D
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.