Hai semuanya,

Satu berita yang mencuri perhatian saya pada pagi ini... Huhuhu... Berita yang mengisahkan seorang lelaki bernama Ziona Chana yang mempunyai 39 orang isteri,  94 orang anak, 14 orang menantu dan 33 orang cucu... Mak ai... Ramainya keturunan Encik Ziona Chana ni yer... Hebat bukan... Bukan itu sahaja, malah mereka jugak tinggal bersama di kediaman empat tingkat yang mempunyai 100 buah bilik di Wilayah Mizoram, India... Wuiiii... 100 buah bilik... Macam hotel lah pulak...



Wah! tengok tu gambar... Ramai betul mereka... Macam mana ergkk mereka duduk serumah ... Macam mana dengan makan mereka? Tempat tidur mereka? Aktiviti harian mereka?... Errmm, nak tahu?... Mestilah nak tahu kan... Kalau korang nak tahu... Penyediaan makan malam mereka memerlukan 30 ekor ayam... 66 kilogram kentang dan 110 kilogram beras untuk di masak... Mak ai... Boleh bukak kedai makan kalau gitu gaya nyer... Huhuhu... apa tak nyer, 110 kilogram beras... banyakkkk tu... Kemudian, urusan mengemas rumah pulak... Encik Ziona Chana ni ada seorang setiausaha yang akan uruskan... Hahaha... Isteri tua dialah yang akan bertindak membahagikan tugas kepada isteri yang lain... Macam mana tu ergkk... Mereka tak gaduh ker?... 


Pelik-pelik... Macam mana Encik Ziona Chana ni boleh berkahwin sehingga 39 orang isteri... Ermmm... Susah gak nak difikirkan... Ilmu apalah yang dia pakai... Sampai boleh kawin 39 orang isteri... Sedangkan lelaki kat Malaysia ni... Jangankan 4... Nak kawin 2 pun susah... mau nyer kena bunuh dengan isteri pertama adalah... Hehehe... Just joking.... Tapi betullah kan, Kat Malaysia ni susah nak kawin dua... Ramai yang tak nak dimadukan... Siapa nak berkongsi kasih... Betul tak?...

Kemudian, berbalik kepada cerita kita pasal Encik Ziona Chana ni... Kalau korang nak tahu... Dia adalah pemimpin kepada fahaman yang membenarkan penganutnya berkahwin dengan seberapa ramai isteri yang diinginkan... Errmmm... Patut pun kawin ramai... Rupanya seorang pemimpin yang mempunyai fahaman sedemikian rupa... Kemudian, Dia juga turut memberitahu kepada sidang akhbar bahawa dia tidak akan berhenti untuk mencari seberapa ramai isteri walau jauh sekalipun seperti Amerika Syarikat... Mak aii... Nak tambah lagi isteri... Hebat-hebat... 

Sebenarnya Encik Ziona Chana dan keluarganya mengamalkan konsep kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain... Itulah yang diperkatakan oleh salah seorang isterinya... Ya Allah... Macam-macamlah yang berlaku di dunia ni... Apa-apa pun itulah Kejadian Allah yang maha berkuasa... Wallahualam... 

Hanya Allah sahaja yang mampu melakukan segala-galanya di dunia ini... 


Macam-macam kan perkara pelik yang berlaku sekarang ni... termasuklah seperti di sini... Hurmmm... Itulah tanda-tanda di penghujung zaman... Wallahualam.