Salam semuanya,
Entri aku kali ini berkisar tentang perkongsian template blog... Bukan filem seram tau... Apakah kaitannya dengan tajuuuk? Errm... Sebenarnya aku buat entri ini hanyalah untuk open sharing, bak kata omputeh... Bukan hendak mengata atau mengutuk blog sesiapa... Siapalah aku, yang hanya orang biasa yang baru berapa hari buat blog... Aku berharap tiada siapa yang berkecil hati... That only my opinion.... siapa2 boleh menyatakan pandangan... But, pandangan aku bukan untuk menghancurkan sesiapa... wah! tetapi untuk mengingatkan diri sendiri jugak... So, Jangan pandang belakang... tapi toleh terus kehadapan... untuk menjadi seorang insan yang berjaya kita seharusnya belajar menerima pandangan orang lain... Jangan terus mengatakan diri " I'm Right "...
Cish! terselit juga kata-kata motivasi diri... hehehe.... Baiklah, pertama sekali aku ingin memberi pendapat tentang penggunaan warna template yang terlalu terang. Bagi aku penggunaan template yang terlalu terang boleh menyebabkan pengunjung meninggalkan terus blog kita tanpa shout sekali pun... Huhu, akulah tu... Aku berbuat demikian bukan kerana sombong ataupun tak suka. Tetapi ada satu kejadian telah berlaku semalam... ni kerja blogwalking lah ni... hehehe. Ceritanya begini... wah! mcm panglipurlara lah pulak... Aku bukak beberapa buah blog, konon nak baca entri dan follow orang tersebut... pertama kali bukak blog... boleh lagi terima warna yang terang... kemudian bukak beberapa lagi buah blog... dengan warna template yang terang, mataku mulai berpinar... namun aku teruskan jugak blogwalking aku... Semangaaat... Ini abg ben punya senarai gegar 1000 blog lah punya pasal... Hehehe. aku bukak satu-satu... bila jumpa jer blog templatenya yang terang, mulalah mata aku sakit... aku pun tak tau kenapa...atau tak.. mata aku rosak kot... Hehehe. Apa lagi aku pun terus tutup blog tersebut... banyak jugaklah aku tutup... Jahat kan... Jujurnya, bukan aku tak sudi nak baca entri, tapi apa boleh buat... mata sakit dek panahan warna yang terlalu terang... aku belah lah terus.... So, hakikatnya... blog kita biarlah sesedap mata memandang... Hehehehe.
Apa-apa pun itu hanyalah pendapat aku... Apa Pulak pendapat anda?
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.