Cinta yang hilang…. Bukan bermaksud tema sebuah lagu Indonesia OST Cinderella, tapi aku ingin coretkan peristiwa dalam sejarah… Petang semalam aku pergi ke kedai… Aku terjumpa seorang nenek yang membawa sebakul kuih terjatuh… Aku pun terus menolongnya…Kesian aku melihat keadaan nenek itu yang nampaknya tidak terurus… Aku pun terus bertanya. Nenek hendak ke mana? Dia pun menjawab… Nenek  hendak pergi jual kuih dari rumah ke rumahPenat berjalan singgah sebentar,  tapi entah tiba-tiba terjatuh… Melihatkan keadaanya yang tidak terurus… Aku betul-betul kesian… dan entah kenapa hatiku mudah tersentuh setiap kali melihat warga tua yang berjalan tanpa ditemani anak-anak… 


Entah kenapa aku terasa hiba dan tersentuh ketika itu… Aku bertanya lagi… Nenek tinggal dengan siapa dan di mana? Dia pun menjawab… Nenek tinggal seorang diri, anak-anak nenek semuanya bekerja… Kenapa entah… Aku terasa sayu melihat nenek tersebut dan merasakan dirinya hidup terbiar tanpa kasih sayang anak-anak… Aku membeli 5 bungkus kuih yang dijualnya, walaupun kuih itu terjatuh…  Tapi berbungkus dengan rapi tau… Tetapi nenek itu tidak mahu, sebaliknya sedekahkan dua bungkus kuih kepadaku kerana menolong dia… Namun, aku tetap membeli 5 bungkus kuih lagi sebagai meringankan bakul yang dibawanya. Sekuntum  senyuman dan ucapan terima kasih daripadanya... 




Haaa… Buat baik, dibalas baik… Tapi aku tidak bermaksud demikian… Sebaliknya tidak salah kita membantu orang lain yang dalam kesusahan…. Namun, aku tidak berkesempatan berbual panjang dengan dia… Sebab dia terpaksa berjalan lagi... dan katanya, dia takut sekiranya dia ditinggalkan van yang dia naiki untuk balik ke rumah… Ya Allah! Kenapa hati ini mudah tersentuh melihat warga tua yang terbiar dek kerana anak-anak yang hanyut mengejar wang ringgit…Lihatlah.... foto ini yang aku ambil dari fotowarung.bazuki.com...


Senyuman yang memberi seribu makna... Hari ini... Kita melihat ramai warga tua dihantar ke pusat-pusat jagaan orang tua dek kerana anak yang mengejar materialistik... Kemanakah perasaan cinta dan kasih sayang anak-anak terhadap kedua orang tuanya? Adakah hilang begitu sahaja?... Sedangkan kasih sayang ibu yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari tidak pernah pudar walaupun hingga ke hujung nyawa... Di manakah hilangnya cinta anak-anak? Kenapa? Mengapa mereka sanggup membiarkan ibubapa mereka terbiar...? Ingatlah wahai anak-anak, Allah maha berkuasa... Setiap yang kita lakukan ada pembalasannya... baik di balas baik, jahat dibalas jahat.... Sekiranya kita membiarkan orang tua kita... Suatu hari nanti, anak-anak kita juga akan memperlakukan kita sedemikian juga... Pasti... Ingatlah wahai anak-anak... Bersama-samalah kita beringat...

seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak... Adakah 10 anak mampu menjaga ibu dan bapa mereka?

Renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah...