Hai bloggers,
Adik aku baru balik dari kedai dan dia membelikan buah epal merah untuk aku. Wah! ada idea ni... Hehehe... Kemaskini blog aku dengan entri baru berilhamkan buah epal. Apalagi tambah entrilah jawabnya. Dalam bahasa Italian, Epal Merah disebut sebagai Mella Rosse. Cantik nama, ala-ala Rossa lagi. Penyanyi Indonesia yang cantik manis.Hehehe... Manakala Epal Hijau pula disebut sebagai Mella Verde.
Kalau Epal Hijau, aku masih ingat lagi apakah kebaikannya dari segi kesihatan. Itupun aku dapat info daripada Majalah Remaja tahun-tahun sebelumnya. Entah bila entah, dah tak ingat. Namun aku masih ingat akan kebaikannya iaitu amat membantu bagi pengidap Migrain. Ia dikatakan mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu membangkitkan "mood" ceria dan meredakan ketegangan yang dialami.
Bagi Epal Merah pulak, aku kurang ilmu mengenainya. Hahaha... Apalagi, googlelah jawabnya dan daripada google ada satu kebaikan Epal Merah yang menarik perhatianku, iaitu dipetik dari pahangcommunity yang menyatakan bahawa Epal Merah tidak mengandunggi lemak. Sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.
Wah! Apalagi bloggers, terutamanya bloggers yang ada menghidapi Migrain dan yang ingin berdiet. Jom! amalkan memakan buah epal sehari 2 biji ( 1 Merah dan 1 Hijau ). Kalau tak pun separuh merah, separuh hijau ( jadi sebiji ) macam dalam gambar kat atas. Hehehe...
Jagalah Kesihatan diri kita demi keluarga tersayang.
4 Comments
i love apple..... urm deliciousssss
ReplyDeleteepal hijau masam..xelok sgt kot..hehe
ReplyDeleteepal hijau masam..xelok sgt kot..hehe
ReplyDeletesalam...kunjungan balas....jom join contest kat blog sy....
ReplyDeletesy suka epal...hehe
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.