Hai semuanya,
Apa yang yang anda tahu tentang gambar di atas?... Wah! Kenapa ek… Mesti semua orang tahu apa yang ditunjukkan di dalam gambar di atas bukan… Hehehe. Sepertimana yang kita ketahui butang like pada facebook adalah digunakan untuk menyatakan maklum balas daripada kita… yang suka akan sesuatu status yang diletakkan oleh si empunya sesuatu facebook… Betul tak? dan sudah pasti ramai yang mengetahui kegunaannya bukan… Namun apa yang menjadi persoalan saya… Kenapa dan Apakah maksud status like yang sebenar-benarnya…
Kenapa, apabila seseorang mengadu sakit… memaki hamun seseorang… membenci seseorang… di wall facebook mereka… perlukah kita meng ‘like’kannya? Cuba kita sama-sama fikirkan… Apakah makna like yang dimaksudkan oleh si peng’like’??? Saya menjadi Pelik bin hairan… Malah, saya teringat akan satu wall kepunyaan kawan adik saya suatu ketika dulu yang statusnya menyatakan kawan mereka telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya, ramai kawan-kawan telah meng’like’ status tersebut… Sepertinya mereka suka akan kejadian itu... Kemudian, kisah kematian Achik Spin dulu pun begitu... beribu-ribu orang meng’like’ status tersebut… Apakah maknanya, simpati atau suka? Jadi… Perlukah saya like kan bersama… Jika perlu… Tolong like kan entri ini… hikhiksss… Gurau jelah…
Hehehe... Sama-samalah kita fikirkan...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.