Salam semuanya,
Bertajukkan bahasa Italian yang bermaksud Alahai! berjauhan dengan sayangku... Adoi! tak tau petang ni, aku amat merindui sayang. Hehe... padahal, baru lepas bergayut... dan walaupun satu hari empat kali dia menghubungi aku... melambung bil telefon... Apa boleh buat, untuk orang tersayang jugak kan. Hehehe.... Jiwang di petang hari... Layannn... Cheewah! Petang ni redup jer cuaca sesuai untuk orang bercinta pergi jalan-jalan... Tapi aku jugak yang keseorangan... Aku terpaksa berjauhan dengan suamiku. Aku di Kuching, suamiku pulak mengajar nun jauh di pedalaman, iaitu perkampungan orang Penan. Nasib baik ada talian telefon, kalau tak alamat pungguk rindukan bulan lah jawabnya... Alhamdulillah.
Eermm, banyak gak dugaan hubungan jarak jauh ni... tapi apa boleh buat, yang penting kita sanggup berkorban dan "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Hidup ni ibarat roda, penuh dengan cabaran... itu adalah dugaan Tuhan untuk menguji keimanan kita sebagai umatNya. Wah! sedih jer bunyi. Apa-apa pun petang ni aku ingin berkongsi coretan bagaimana aku dan suamiku mengharungi hubungan jarak jauh.... hahaq. Aku baru jer 8 bulan lepas kawin, tak lama bercinta... Enam bulan kenal tapi empat tahun siot... kami bertunang... Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah dikurniakan seorang suami yang menerima aku dengan seadanya dan penyabar. Nak dijadikan cerita, kami memang jarang berjumpa dari bertunang hinggalah kawin... Telefon merupakan alat utama penghubung kami berdua... so terpaksalah berkorban duit untuk membayar bil telefon yang melambung... tapi tak kisahlah... Hehehe, perkara utama handphone mesti kena charge selalu alamatnye... Selain tu, petua hubungan jarak jauh jugak ialah sentiasa menunjukkan kejujuran dalam hubungan... Kalau pasal cuti pulak, kami akan sibuk mengatur jadual bagaimana nak berjumpa.... hehehe. pernah sekali tu, disebabkan 2 bulan dah tak jumpa, dia balik... then dia book Rajah court hotel yang jauhnya cuma beberapa minit jer dari rumah ( di kuching ). Apa lagi... aku tergelak besarlah ngan dia sebab nak wat suprise konon tapi dekat jer... tapi takpe, kami seronok kat sana. hehehe. Aku doakan semoga hubungan kami sentiasa baik dan berkekalan hingga ke hujung nyawa... Amin. mcm tajuk ceritalah pulak. Apa-apa pun entri kali ini sekadar luahan dan pandangan daripada seorang isteri muda yang berjauhan dengan suami... Cish! tak malu mengaku muda, padahal dah tua.. Hehehe... tua berjiwa muda... I'm flexible person... wuhuhu... speaking lah pulak...
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.