Salam Semuanya,
Selamat pagi semua... Hehehe. Pasti ada yang masih tidur ketika inikan... Apa-apa pun, mulakan hari anda dengan senyuman... Entri aku pepagi ini adalah mengenai Papaja Fruta dalam bahasa Albanian yang bermaksud buah betik. Cantikkan nama buah betik dalam bahasa Albanian... Macam nama orang... I like it... Aku suka makan buah betik... Hehehe, Kalau kawasan Kota Samarahan, Sarawak... harganya cuma RM1 sekilogram... murahkan... kan... Bagi aku buah betik memang sedap... lebih-lebih lagi kalau dimakan begitu sahaja ataupun dibuat jus.... Seeedappp... macam dalam gambar kat bawah... Hehe, gambar tu aku ambil dari google... Gunalah google, kalau nak cepat... macam-macam ada... yang baik, yang buruk... semuanya ada... pilihan terletak ditangan kita untuk menggunakan internet sebaik mungkin... Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah.... Cis! terselit gak kata-kata hikmah aku... Hehehe. Saja jer pepagi ni, nak kasi mata segar...
Nak dijadikan cerita... Entri aku kali ini berkaitan dengan kebaikan buah betik... Hahaha, aku buat entri pasal buah ni pun sebab aku adalah antara manusia di muka bumi ini yang gemar makan buah....Tetapi ada satu jenis buah yang kami sekeluarga tak boleh makan... Hehehe. Lepas ni aku ceritakan di lain entri... Tungguuu... Aku nak bercerita dulu pasai cik betik ni.... Cik betik ini bukan sahaja sedap tapi berkhasiaat... Khasiatnya ialah ia mengandungi vitamin C yang amat banyak iaitu dua kali ganda dari kandungan buah limau malah ia menjadi pendinding daripada serangan penyakit hempedu... Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji Papaja Fruta dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar... Wah! hebatkan penangan cik betik... Kalau yang tak suka makan buah tu... Cuba-cubalah berjinak dengan memakan buah-buahan... banyak kelebihannya tau. Taaapi... Ada ke yang tak suka makan buah betik? Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil... Hehehe...
Sama-samalah kita amalkan memakan buah betik. Sesungguhnya cik betik amatlah berkhasiat.
Hurmmm... Bagi yang nak tahu buah apa yang kami sekeluarga tak boleh makan... Jom! Klik di sini.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.