Salam seantero,


Huyoooo.... tajuk entri aku... sebenarnya tajuk jer, hehehe saja jer nak kasi gempak sikit. Sebenarnya aku ingin berkongsi sedikit tentang pilihan makanan untuk mengurangkan berat badan... Jadi nanti dah tak ada tajuk entri semakin ramai yang buncit... tetapi terlalu ramai yang slim.... hehehehe... macam mana tu? kurus susah... gemuk pun susah... Tak tau nak kata apa... tapi malam ni aku ingin berkata jugak iaitu ingin berkongsi mengenai pilihan makanan untuk langsing.... Ini daripada keseluruhan pembacaan aku dari sebuah majalah iaitu majalah iSIHAT... Hehehe... Majalah pilihan nombor 1 suamiku... Dia jugak dalam proses ingin mengurangkan berat badan... hehehe... Nampak jugaklah perubahan walaupun sedikit... Takpe yang penting usaha dan disiplin... Nak dijadikan cerita, terdapat beberapa amalan yang harus kita amalkan iaitu, pertama tambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan... Errmmm... banyak tau kebaikan sayur-sayuran dan buah-buahan... hehehe, akan ada entri seterusnya mengenai alkisah di sebalik buah.. InsyaAllah. Haaaa, jangan tak tau, sayur-sayuran dan buah-buahan memberi rasa kenyang yang lebih cepat dan elak kita makan berlebihan.

Kemudian.... Jangan makan gelojoh tau... makan pelan-pelan macam nenek tua yang takda gigi makan....Eh! jangannnn... Ada nenek yang ada gigi tau... hehehe... gurau jer... kunyah dengan sopan gitu... Ketahuilah makanan yang tidak terkunyah akan menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan... Lepas tu pulak, cuba kita tukar cara memasak. Biasalah, Masyarakat Malaysia gemar makan makanan bergoreng, berminyak, bersantan dan kebiasaan inilah yang akan meningkatkan timbunan diperut.... Ermm, tapiiiii...... itulah makanan yang sedap, takkan tak boleh makan? bolehhhh! tetapi cuba kurangkan dan cuba pulak makan makanan yang bergoreng dengan stim, sup, gril dan sewaktu dengannya... sedap ker? Alaa... ayam KFC, daging masak kicappp, errmm... apa lagi... sedap tu.. Tapi, apa boleh buat kalau nak kurangkan berat badan, kenalah kita konsisten dan berdisiplin... Wah! rasa macam doktorlah pulak... Hehehe, kalau macamni lah galaknya bercoret tentang kesihatan, boleh tukar kerja ni... Jadi pakar runding pemakanan... boleh ker? layak ker?... Hehehe... tak naklah, ingat senang ker jadi parunding, mak aku cakap pening adalah dengar masalah orang... hehehe... Sebenarnya entri ini hanyalah perkongsian semata-mata tentang apa yang aku perolehi daripada pembacaan... Amalkan budaya membaca... untuk menambah ilmu pengetahuan... boleh format otak... Cish! tak habis2 nak promosi...

Berbalik kepada coretan tadi, kita juga kenalah gantikan air manis dengan air suam kerana air suam banyak kebaikannya seperti menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan toksin dalam badan, menjadikan kulit berseri-seri dan sebagainya. Patutlah, kulit budak-budak cina nampak licin, jarang yang berjerawat... teringat time study.... ramai budak cina bawak botol air.. mereka usang ke sana kemari... Bagus tabiat tu... Cuba kita amalkan. Kemudian, kurangkan jugak pengambilan garam yang berlebihan terutamanya kurangkan pengambilan makanan ringan... wah! mencabar betoi nak kurangkan berat badan ni yer... macam mana ni? Wuhhh! susah nak dikato... Kita sendiri yang menentukan... Kalau nak seribu cara, kalau tak nak seribu dalih... We have a choice! Tapi yang penting aku menyokong kepada sesiapa yang ingin kurangkan berat badan... anda pasti boleh... jangan kurangkan sampai kurus macam aku... nanti susah... Hehehe, aku sekarang pun dalam proses menambah berat badan..... hehehehe, tersasar jauh matlamat aku dari entri ini... Apa-apa pun bersama-samalah kita berusaha ke arah itu. Sekian, terima kasih diucapkan. Wah! macam memberi ucapan, siap ada sekian dan terima kasih gitu. Hehehe...

Perkongsian ilmu adalah sesuatu yang baik, bersama-sama kita ke arah memperbaiki mutu kehidupan. Oppps... Hehehe... Kalau nak tahu pasal tip menimbang berat badan... Jom! klik di sini .. berguna tau... Cehhh! siap promote lagi... Timbang bukan sebarang timbang... Timbang itu sungguh bermakna... hehehe.