Hola,

Kebiasaannya dalam sehari hubbyku akan menelefon 4 kali dalam sehari... Pagi sebelum pegi kerja sekali, tengah hari sekali, petang sekali dan malam sekali... Perghh! banyak kali... Hehehe, itulah suamiku yang tak pernah jemu menelefonku dari berkenalan sehinggalah kawin... Betapa hebatnya cinta dia terhadapku... 

Aku amat-amat bersyukur dikurniakan seorang insan seperti dia... Dia tidak pernah mengongkongku... Dia terlalu baik buatku... Seorang yang penyabar melayan karenahku yang suka merajuk... Hurmmm, tak mungkin aku curang denganmu sayang, seorang suami, seorang kekasih, seorang teman dan seorang pelawak buatku... I love u so much sayang....








Perghh!! tetiba jer jiwang... Hehehe, hari ni... awal-awal pagi lagi dia dah menelefon... Dah jadi kebiasaan, pasti say I love u so much sayang to me... Hehehe, pasti hatiku berbunga-bunga seperti baru semalam bercinta... Lawak-lawak... Namun, pada jam 11:20 pagi tadi dia menelefon lagi... 

Wah! hatiku berasa hairan... Sepatutnya selepas solat zuhur, baru dia telefon... Dah tahu dah timing dia... tak penah2 call masa tu... lainlah aku... bila-bila masa jer aku akan call kecuali time kerjalah... Rupa-rupanya... kerana bloglah dia menelefon balik... Dia cakap apa tau " Jangan leka sangat berblog, karang tak makan, tak minum dibuatnyer "... Hehehe, tu jer pesanan penaja daripada dia... Apalagi " Baik bos ! " jawabku padanya...


Pesanan : Hurmmm, buat yang lain juga, jangan leka sangat berblog, kesihatan diri kena jaga gak demi orang yang tersayang.