Hola,
Malam yang gelap membuatkan aku teringat dengan apa yang emak aku katakan petang tadi... Tetiba jer aku membayangkan... Apalah nasib kawan aku diperlakukan sebegitu....
Petang tadi, aku menelefon emak di kampung... Biasalah, selang 2 hari mesti call family kat kampung bertanyakan khabar... Pastu pulak, mak kalau dah berbual dengan aku pasti ada jer cerita dia... Nak2 RM10 lah kredit aku habis dibuatnya... Hehehe, tapi takpe... Demi mak aku tak kisah...
Apa yang membuatkan aku sedih ialah... Mak aku bagitau yang kawan sama sekolah aku dulu dah bercerai dengan suaminya... Tak perlulah aku sebut nama dia yer... Tak silap dia dah 4 tahun kawin...
Kenapa perkahwinan harus berakhir dengan penceraian ??? Dimanakah konsep perkongsian hidup yang dijanjikan sebelum ini?
Kenapa perkahwinan harus berakhir dengan penceraian ??? Dimanakah konsep perkongsian hidup yang dijanjikan sebelum ini?
Bagi aku, apabila namanya berkongsi, perlu pasangan itu memahami bahagian yang sedikit untuk dimiliki dan dinikmati. Apabila namanya berkongsi hidup, bermakna saling memberi dan menerima. Samalah macam orang berkongsi perniagaan, kena tanggung risiko untuk rugi. Jika untung sama-samalah kaya, jika rugi sama-samalah cuba bangkit lagi... Tak boleh salah menyalah sebab namanya pun berkongsi.
Berkongsi itu maknanya saling sama berusaha, saling percaya mempercayai dan saling melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya.
Apabila namanya berkahwin, ia adalah perkongsian hidup. Berkongsi hidup maknanya sama-sama menikmati apa-apa yang nikmat dan sama-sama menahan sakit pada apa-apa yang menyakitkan....
Ni tak, dah macam artis pulak... Ada masalah sikit, cerai... Gaduh sikit, bercerai... Apa kes? Wah marah ni...

Ngomelan : Perghh! tetiba jer aku naik angin yer... Tapi... Betul apa? Kenapa sebelum kawin tak nak fikir... Pembohong betul... Dulu kata kaulah jantung hatiku, kaulah ratu hatiku... Bila dah cerai... Mana jantung? Mana Ratu?
Sumber Gambar : Google Image
5 Comments
betul fiza tak sape nak penceraian, tp kita tak tau mslh org. Macam kwn muni,skang ank pun dok ngan mak dia.laki pulak sebok nk keja kt kmpg,tnggalkan bini..nafkah pun tak bg..semua kwn muni tnggung.tp laki dia tak nak lepaskan..lg seksa..Jangan suka2 nak cerai dah ler..:)
ReplyDeletentahla...mungkin mereka xfahami sepenuhnya satu sama lain sebelum kawin.
ReplyDeletePuan kutu : Jauhkanlah perkara sebegini daripada kita.. Ya Allah! siannyer. Apalah nak jadi sampai begitu sekali =)
ReplyDeleteFaiz : Tulah susah bagai dikata... Pendek kata, gunakan akal yang waras sebelum membuat apa2 keputusan lebih2 lagi hal penceraian... Sesuatu yang amat dibenci oleh Allah S.W.T =)
ReplyDeletesedangkan pantai lg berubah..inikan hati manusia kan..
ReplyDeletetime memula..kau lah ratuku..bila masuk thn ke-4 or 5..kau hantu :p
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.