Hola,

Sepertimana yang kita ketahui, untuk meyedapkan makanan… Salah satu bahan yang terpenting sebagai ramuan ialah bawang putih… Tapi ada orang kata, kalau terlalu banyak makan bawang putih… Badan kita berbau hangit macam kambing… Betul ke? Wallahualam…

Namun, kali ini saya coretkan tentang satu khasiat Bawang Putih iaitu mampu elak Anemia… Sejauh mana kebenarannya… Wallahualam. Tapi tak salahkan kita mengutip info ini sebagai suatu ilmu yang mungkin ada logiknya untuk dipraktikkan… 

So, dipendekkan cerita… Bawang putih adalah daripada family lilisceae yang tergolong dalam kumpulan yang sama dalam Bawang Merah… Hehehe, Bawang pun ada family… Hurmmm… Menarik… Tapi apa yang lebih menarik, kelebihan bawang putih ialah boleh bertindak sebagai penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita Anemia dek kerana kekurangan protein, iodine, kobalt, kuprum vitamin C… Bawang putih juga dikatakan berupaya meningkatkan penyerapan Vitamin B.

See… Betapa hebatnya penangan bawang putih… Tapi… Ada orang kata Kalau terlalu banyak makan bawang putih… Nanti badan kita berbau hangit macam kambing… Betul ker? Macam mana tu?

Apa-apa pun, Itulah cerita disebalik bawang putih… Nak tahu lagi cerita disebalik makanan lain? Bacalah di sini… Layannn…