Hola,

Melihat berita di dada-dada akbar, sana sini... kita melihat kes pelacuran semakin meningkat... Kekadang aku sebagai seorang perempuan terasa malu untuk membacanya... Tapi apa kan daya, itulah lumrah kehidupan manusia sekarang yang kian maju... 

Dulu... Masa kecik-kecik, aku ingat lagi... Aku sering berangan-angan " Bestnya kalau ada duit yang banyak... Dapat beli rumah besar, dapat beli kereta besar... Dapat bagi Mak ngan ayah pergi mekah... "... Pendek kata, semuanya kita boleh dapat dengan duit... Yes! That true...

Namun, bukan mudah bagai dikata... Bukan senang untuk senang... Untuk menjadi senang, kita perlu banyak berusaha dan berdoa kepada Allah... Berusaha tanpa doa, pasti kenikmatan dirasai tidak gah di hati kita... Berdoa kepada Allah itulah intipati kejayaan kita... InsyaAllah...

Adakah kerana duit, aku sanggup buat apa sahaja... 

Penjelasannya, duit bukanlah segala-galanya bagi aku... Bagi aku perkara paling penting adalah kasih sayang... 

Dek kerana ketandusan kasih sayang dan megejar duit semata-matalah ramai manusia alpa dan jauh terpesong... 

Dek kerana ketandusan kasih sayang, ibubapa disisih seperti kain buruk... Dek kerana ketandusan kasih sayang, remaja-remaja sanggup berpeleseran... Kerana merasakan " rumahku nerakaku "... Dek kerana ketandusan kasih sayang manusia sanggup membunuh sesama insan... Subhanallah... Kenapalah semua ini terjadi? Adakah kerana manusia itu tidak ada lagi sifat kasih dan sayang?

Malah.........

Dek kerana duit, manusia sanggup menipu, 
dek kerana duit manusia sanggup bersenggeta... 
Dek kerana duit, manusia sanggup mencuri... 
Dek kerana duit, manusia sanggup merompak... 
Sudahnya... Hidup tidak menentu...

Hidup ini amat singkat untuk kita lalui... kata-kata yang sentiasa tersemat di kotak fikiranku... Kata-kata yang senantiasa menjadi panduan agar aku tidak lalai... InsyaAllah... 

Dunia semakin tua, adakah kita sedar akan itu... Sama-samalah kita fikirkan... 

Tanya sama hati, 
adakah kita inginkan terus hidup tanpa arah tuju?
 atau 
adakah kita inginkan syurga, janji Allah yang pasti? 
atau
Neraka jahanam yang sentiasa menanti manusia-manusia yang alpa?
Subhanallah

Pesanan : Sama-samalah kita beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata