Hola,
Melihat berita di dada-dada akbar, sana sini... kita melihat kes pelacuran semakin meningkat... Kekadang aku sebagai seorang perempuan terasa malu untuk membacanya... Tapi apa kan daya, itulah lumrah kehidupan manusia sekarang yang kian maju...
Dulu... Masa kecik-kecik, aku ingat lagi... Aku sering berangan-angan " Bestnya kalau ada duit yang banyak... Dapat beli rumah besar, dapat beli kereta besar... Dapat bagi Mak ngan ayah pergi mekah... "... Pendek kata, semuanya kita boleh dapat dengan duit... Yes! That true...
Namun, bukan mudah bagai dikata... Bukan senang untuk senang... Untuk menjadi senang, kita perlu banyak berusaha dan berdoa kepada Allah... Berusaha tanpa doa, pasti kenikmatan dirasai tidak gah di hati kita... Berdoa kepada Allah itulah intipati kejayaan kita... InsyaAllah...
Adakah kerana duit, aku sanggup buat apa sahaja...
Penjelasannya, duit bukanlah segala-galanya bagi aku... Bagi aku perkara paling penting adalah kasih sayang...
Dek kerana ketandusan kasih sayang dan megejar duit semata-matalah ramai manusia alpa dan jauh terpesong...
Dek kerana ketandusan kasih sayang, ibubapa disisih seperti kain buruk... Dek kerana ketandusan kasih sayang, remaja-remaja sanggup berpeleseran... Kerana merasakan " rumahku nerakaku "... Dek kerana ketandusan kasih sayang manusia sanggup membunuh sesama insan... Subhanallah... Kenapalah semua ini terjadi? Adakah kerana manusia itu tidak ada lagi sifat kasih dan sayang?
Malah.........
Dek kerana duit, manusia sanggup menipu,
dek kerana duit manusia sanggup bersenggeta...
Dek kerana duit, manusia sanggup mencuri...
Dek kerana duit, manusia sanggup merompak...
Sudahnya... Hidup tidak menentu...
Hidup ini amat singkat untuk kita lalui... kata-kata yang sentiasa tersemat di kotak fikiranku... Kata-kata yang senantiasa menjadi panduan agar aku tidak lalai... InsyaAllah...
Dunia semakin tua, adakah kita sedar akan itu... Sama-samalah kita fikirkan...
Tanya sama hati,
adakah kita inginkan terus hidup tanpa arah tuju?
atau
adakah kita inginkan syurga, janji Allah yang pasti?
atau
Neraka jahanam yang sentiasa menanti manusia-manusia yang alpa?
Subhanallah
Pesanan : Sama-samalah kita beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata
15 Comments
kalau ikutkan manusia takkan puas jika hanya mengejar duit, sentiasa nak lagi,
ReplyDeletedalam hadith qudsi, Allah ada menyebut, Dia tidak menuntut amal hari esok, tapi manusia sentiasa mengeluh apa yg diberi-Nya hari ini
TengkorakEmas : Yup! bena kata kitak. Manusia sik pernah puas...
ReplyDeleteCarilah duit dari sumber yang halal. InsyaAllah berkat dunia akhirat.
ReplyDeleteMis Tira : Yup! Betul tu adik... Tak kaya pun tak apa, asalkan kita kaya dgn kebahagian...
ReplyDeleteBETUL.SOKONG.DUIT BUKAN SEGALANYA.tpi kan,orang skrg ni demi duit semua boleh.ECECEY.LEBIH2 PULAK KOMEN :D
ReplyDeletex smua bnde bleyh dbeli dgn duit..huhu..bwt ap duit byk hati x tenang
ReplyDeleteIzyan Masri : Thanks dear, singgah dan follow blog akak. Yup! akak setuju. Itulah fenomena sekarang ni. Ramai yang terkejar-kejar dgn duit melalui pelbagai cara tanpa mengenal halal dan haram...
ReplyDeleteKiwi : Thanks yer singgah. Yup! betul tu... Apa guna duit banyak kalau hati tak senang. Hehehe.
ReplyDeletesinggah n follow
ReplyDeleteSal Saari : Thanks dear kerana sudi singgah dan follow blog saya =)
ReplyDeleteooh thanks 4 ur support too..kte hargai..huhu
ReplyDeleteKempetai sed : Welcome... No problemo. Kita kan kawan. Hehehe.
ReplyDeleteso so true!! :)
ReplyDeletemeh ke rumah..
~damia same nenek~
keep in touch ye..♥♥♥
kaye mcm mane pun lau mkn duit haram kompem tak tenang hidup. kesimpulannye, cari duit dengan cara yg halal. sy nak duit banyak, tapi tak tahu bile nak dpt durian runtuh kak. hihi
ReplyDeleteduit akan tetap habes bagi mereka yang tak tahu puas untuk mendapatkan duit
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.