Hola,

Hurmm... Sambil minum susu makan sandwich tuna... Aku berjalan-jalan di alam maya... Then, singgah satu blog orang ni, si Eday Faz... Orangnyer sungguh berfikiran terbuka dan best untuk dijadikan kawan, mudah menerima pendapat orang lain... Kalau tak caya, terjahlah blog dia dan berkenalan... Hurmmm, jangan memilih kawan tau, tengok follower orang tu sikit, dah kita tak nak berkawan, apa kes?... 

Mungkin ada sesuatu yang kita boleh pelajari daripada setiap kawan kita... Kita bukanlah insan yang sempurna... Saling melengkapi itulah sebaiknya... Bak kata org ikutlah resmi padi " semakin berisi, semakin tunduk " semakin berilmu, semakin berakhlak.... Hehehe, ubah sikit, takpekan...

Sori yer Eday Faz... Print screen ur blog header

Tapi kan... Rata-rata blog lelaki yang aku singgah mesti color hitam... Kenapa ek? Aku ada jawapannya... Hehehe.

Sebab senang jer... Lelaki sukakan warna hitam... Betul tak?. Cuba tengok pakaian mereka... Kebanyakkan baju lelaki berwarna hitam... Betul tak? malah dari segi pemilihan aksesori pun mereka suka akan warna hitam... Mengikut kajian beberapa buah negara membangun, 75% dari barangan peribadi lelaki adalah daripada warna hitam. 

Manakala dari perspektif pemikiran wanita, hitam itu "menakutkan"... May I'm right... Manakala bagi lelaki pula hitam itu "menawan". Hal ini bagi memudahkan penggunaan pakaian tersebut berulang kali tanpa ada yang sedari. Inilah baru dikatakan berjimat... Hehehe, betul atau tidak... Wallahualam...

Ngomelan : Tapi suamiku tak suka hitam... Namun, bagiku, hitam itu menawan...