Hola,

Hari Khamis datang lagi... Esok dahh... hari Jumaat... Cepatnya masa berlalu tanpa disedari... Sekarang ni dirasakan masa begitu cepat berlalu kan... kan!


Adakah kita pernah merasakannya?

Itu tandanya dunia semakin tua... Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi khiamat yang pasti? Masing-masing ada jawapannya bukan...

Yang Pasti kita akan menemui Allah jua suatu hari nanti... Bagaimana? 

Setiap daripada kita yang bergelar insan pasti akan mati... Namun kita tidak tahu bila dan bagaimana cara kita akan menemuiNya Yang Esa... Adakah mati dalam keadaan sakit? Adakah mati keranaan accident? Adakah mati kerana bunuh diri? atau sebaliknya... Wallahualam...

Bercakap pasal kematian... semalam adik ipar saya bercerita...  Ada seorang budak... Tak tau samaada lelaki atau perempuan, sebab pihak Bomba tengah mencari time adik ipar saya balik dari kelas, so tak taulah ceritanya sangat... telah mati membunuh diri di tasik Unimas

Setahu saya tasik tu tempat aktiviti sukan air... Boleh tahan jugaklah dalamnya... Kenapa bunuh diri? Menurut adik ipar saya... Dengar cerita... budak tu stress sesangat... kenapa stress? jugak tidak diketahui.... Ada yang kata stress kerana study... Ada yang kata stress kerana putus cinta... Wallahualam... Tapi, hari ini mungkin akan diketahui cerita penuhnya kot... Hehehe.

Tragis kan kematiannya... Mati bunuh diri... Ngeri mendengarnya bukan... Berdoalah agar kita tidak  melakukan perkara sebegini... Sesungguhnya Allah tidak menyukai perkara sebegini...

Yelah! memang senang bagai dikata... Sebab kita tidak menghadapinya... Namun, bagi saya... kenapa kita harus berfikiran sempit dan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah...

Hidup tanpa masalah... Bukan hidup namanya beb... Ketahuilah, masalah yang datang adalah cara Allah untuk menguji sejauh mana keimanan umatnya. Orang yang beriman pasti tidak akan mengambil jalan mudah... Fikir-fikirkan lah...

So, sama-samalah kita fikirkan dan beringat... Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, yang penting hadapinya dengan tenang, berdoa dan berusaha untuk menyelesaikannya... Bukan mengambil jalan yang mudah... 

Yeah!!! Give me 5... have a nice day!