Hola,
" Kenapalah orang yang kita tak suka sering menghulurkan cinta sedangkan orang yang diadmire dan tergila-gila menjauhi dari hidup kita? Apakah ini resam hidup atau cuma satu cubaan untuk kita bekerja keras untuk mencapai apa yang diinginkan?" Hurmm...
Entahla ek.... Tapi suami saya kata, lebih baik bercinta dengan orang yang sukakan kita daripada bercinta dengan orang yang kita cintai. Saya rasa setuju juga dengan teori ini... Hehehe, isteri mestilah menyokong pendapat suami kan... Chewah!
Yelah! Apa tak nyer. Cuba kita lihat masyarakat disekeliling kita, ramai yang bahagia dengan pasangan yang mencintai dirinya...
Kalau orang sukakan kita, apa yang diminta langsung tidak menjadi soal dan tidak timbul persoalan menjaga hati dan sebagainya. Sebaliknya jika hanya kita yang tergila-gila dengan si dia, membuatkan si dia mengambil kesempatan... Betul tak? dan mulalah dia yang membuat peraturan dan kita pula terpaksa mengikut... Hurmmm, maklumlah untuk menjaga hati si dia. Takut ditinggalkan... Tak gitu?
Pada saya, kalau ingin berasa diri dihargai, terimalah cinta orang yang benar-benar mencintai kita. Mereka akan meletakkan kita ditempat yang paling istimewa. InsyaAllah... Di samping itu mereka akan menerima kita seadanya dan paling penting bukan setiap katanya menjadi arahan. Kita juga bebas memberi pendapat dan membuat pilihan...
Hehehe, jangan ingat saya terpengaruh dengan novel-novel cinta tau... Tetapi bagi saya kalau dia benar-benar ikhlas dan cintakan kita dia sanggup melakukan apa sahaja.
Siapa yang tidak suka kalau dilayan seperti puteri tetapi jangan pula mengada-ada, seperti kisah yang saya ceritakan di sini...
Kiranya sekarang kita mempunyai pilihan dan fikirkan apa yang saya kongsikan....
Mahu dilayan seperti " Melukut di tepi gantang " atau puteri?... Lu pikirlah sendiri... Bak kata Nabil... Nabil yang berkata... Bukan saya... Hehehe.
7 Comments
Ya betul betul..saya sgt2 stuju dgn teori mencintai orang yg mencintai kita lbh bermakna dr mencintai orng yg kita cintai krn belum tntu orng yg kita cintai itu mncintai kita sptmana kita mencintai dirinya...pengalaman mendewasakan, bukan..?:)
ReplyDeleteTq dtg ziarah..
setuju tu...bercinta baik dgn org yg mencintai kite..
ReplyDeleteS.U.F.E.E.N.A.N : Thanks sufeenan kerana singgah. Yup! pengalaman akan mendewasakan kita...
ReplyDeleteFaiz : Yeah! itulah resepi mencari cinta... Thanks tau singgah :)
ReplyDeleteade 1 pepatah...jgn cuba miliki ape yg kamu sayangi...tp cuba sayangi apa yg kamu miliki... :)
ReplyDeletesangattt setujuuuuuu ! :)
ReplyDeleteKamil Kahar : Thanks, tul kata awk... Jgn cuba miliki apa yg belum pasti, tetapi cuba sayangi apa yang kita miliki..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.