Hola,

Pasti hari ini ramai yang sibuk seperti semalam... Almaklum jelah, hari-hari bekerja... Namun, di sini saya ingin kongsikan kepada semua tip untuk dijadikan santapan minda... Hurmmm, apa lagi kalau tidak tip memilih kasut... kasut siapa?... 

Hohoho, kali ini saya ingin kongsikan tip memilih kasut kanak-kanak... Ni pun cadangan yang saya dapat daripada salegirl kat Wisma Satok, Kuching time beli kasut anak saudara hari tu... tapi lupa nak kongsikan... Takpe... tak terlambat pun... Ilmu ni dah save permenantly kat otak dah.. Nanti ada anak tak susahlah nak pikir macam mana kasut yang sesuai untuk dibeli... Hehehe.


Kebiasaannya lah kan... Bagi kanak-kanak, kasut bukan sekadar pengalas kaki tetapi juga membantu pembentukkan otot dan tulang kakinya yang masih sangat sensitif... Alah! kita orang dewasa pun sama sebenarnya, betul tak?... 


Kasut yang tidak selesa akan mengurangkan motivasi anak untuk berjalan... Hurmmm, fakta ini saya rasa ada benarnya... Cuba kita tengok diri kita, takyah tengok pada kanak-kanak pun... Hehehe, kekadang ada kasut yang membuatkan kita tidak selesa apabila kita memakainya... Tapi, tidak mendorong kita untuk tidak berjalan... Sebaliknya... Mendorong kita untuk membeli yang baru... Hahaha... Betul tak?

Berbalik kepada bual bicara kita, untuk memilih kasut anak-anak, pastikan tumit kasut tidak terlalu tinggi... Maksimum 1 sentimeter.

Pasal ukuran pulak, ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar. Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak dari tumit hingga ke hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa... Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah... 

Lebih kurang gitulah tip yang dikatakan kepada saya.

Orait... Simple info for u all....

Selamat mencuba dan Have a nice day!