Hola,

Kali ini saya ingin kongsikan 6 cara luahan cinta berdasarkan perkongsian dari hati ke hati lelaki-lelaki di sekeliling saya dan juga hasil daripada pembacaan saya... Hehe, maksud saya bukanlah saya kaki lelaki... Tetapi berdasarkan pembacaan dan apa yang suami saya, adik-beradik lelaki saya, adik ipar dan jugak kawan-kawan lelaki saya kongsikan kepada saya mengenai cara untuk luahkan cinta...  

Orait... berdasarkan apa yang saya faham, perasaan cinta patut diluahkan... Kalau tidak nanti badan yang merana... dan cara untuk meluahkannya pulak tidak semestinya diluahkan dengan mulut... Tetapi boleh diluahkan dengan pelbagai cara....

Malah cara ini lebih bermakna dan akan dikenang sepanjang hayat.... Seperti sebaris ayat Inggeris ini "Your Thoughtfulness will speak louder than word"... Hehehe... Macam teddy Bear yang hubby saya bagi ni dan jugak puisi ini ... Sampai bila-bila saya ingat... Ahakkss...


Ok, antara 6 cara luahkan cinta yang saya maksudkan adalah seperti berikut :-

Puisi Romantik
Luahkan cintamu melalui puisi atau madah cinta ciptaan sendiri kepada si dia. Lebih baik lagi semburkan minyak wangi yang paling disukainya di atas kertas tersebut. Cara ini sentiasa mengingatkan si dia pada kamu sentiasa.

That true... Itulah terjadi pada saya. Huhu, saat menerima puisi dulu... Ya Allah hati berdebar-debar tak terkata... Hurmm, sampai sekarang tau frame puisi hadirmu terletak kemas di dinding...

Message Puzzle
Ahakss... Cara ini memang sweet... Kawan saya dulu pernah dapat daripada kekasihnya... Di mana, teman lelakinya telah membuat dan menulis sebaris ayat cinta dan kemudiannya dipotong-potongnya menjadi puzzle... Dan dihadiahkan bersama-sama dengan coklat. 

Huhu... First tu, ingatkan sampah dipotong-potong... Kemudian kawan saya ni dok kata. Eh! jangan-jangan ada maksud disebalik cebisan kertas ni... kalau tak kenapa boleh diletakkan bersama-sama dengan coklat. Apalagi, kami pun dok susun... Ya Allah! kat cantuman kertas itu tertulis "Saya telah lama perhatikan awak sayang... Saya amat-amat mencintaimu... Sudikah kau menjadi teman hidupku"... Kitorang gelak... Ya Allah, tak hengat dunia... Sweet kan kekasihnya siap panggil sayang lagi walaupun baru meluahkan perasaan... Tapi kan, dalam diam rupanya kawan saya pun menyimpan perasaan terhadap kekasihnya itu... Hehehe, sweet kan...

Gambar Terbaik
Kata orang... Melalui gambar kita akan mengimbau kenangan lalu. Betul tak? So, antara the best way untuk luahkan perasaan ialah carilah gambar yang paling cantik  bersama si dia dan letakkan di dalam bingkai berbentuk love dan hadiahkan pada si dia... Pasti! si dia akan tersenyum sampai ke telinga... Hehe.

Love List
Wah! Cara ni pun best jugak sebab apa... Si dia akan terasa teruja apabila ada lelaki yang sanggup menyenaraikan seberapa banyak list mengapa dia menyintai si dia... dan hadiahkannya bersama dengan kasut ke, coklat ke, bunga ke atau something yang menarik... Huhu... Alangkah indahnya di saat-saat bercinta bukan... Hehe.

Sekuntum Bunga
Haaa... Yang ni memang mat jiwang lah... Tapi mungkin cara ini suatu yang menarik siapa tahukan... Lihatlah sahaja drama-drama di kaca tv... Apabila seorang jejaka menghadiahkan sekuntum bunga... Wooww... Pasti si gadis akan tersenyum lebar dan akhirnya menyimpan bunga tersebut sehingga kering... Dah kering bukan buang pun... disimpan pulak di dalam buku sebagai penanda buku... See, itu maknanya si gadis jugak mencintai si teruna... Ahakss...

Album Gambar
Yang ni memang dasyat... Caranya, belikan satu album gambar dan letakkan setiap gambar bersama pada si dia... Sertakan bait-bait kata-kata cinta di dalamnya dan hadiahkan kepada si dia... Pasti! si dia akan menyukainya...

Hurmmm... Saat indah ketika bercinta pasti tidak dapat dilupai oleh insan yang pernah melaluinya... Betul tak? Apa pulak pandangan kamu sebagai pembaca?

Jawab... Jangan tak jawab tau... Hehe.

Orait... That all... Fiza ciao dulu ok...

Thanks kepada yang sudi berkunjung ke blog saya.