Hola,

Selamat pagi dunia... Hari Isnin muncul lagi... Begitu cepat masa berlalu melewati usia kita... Adakah kita menyedarinya? Ahakss... Ayat poyo seawal pagi... Apa kaitannya dengan tajuk... Hehe...

Agak-agaknya kan... Korang tahu tak Siapa Ashraf Muslim? 

Ahakss... Soalan tak masuk dek akal... Siapa tak tahu tu... bukan anak Malaysia lah namanya... Siapa tak kenal Encik Ashraf Muslim, pelakon kacak lagi hebat kan... 


Pelakon ini merupakan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka dan anak sulung daripada tujuh adik beradik... Lahir pada 19 September 1981 ( Sumber : MelayuKini )... Yang kininya telah bertunang dengan Noor Dayana Lokman, Gadis berusia 24 tahun.... Bukan single lagi tau...  Hehe... Alhamdulillah... Akhirnya menjadi tunangan orang...

Fiza suka dengan pelakon ni... Suka bukan bermaksud tergila-gila... Hehe... Tapi suka dengan perwatakannya dan lakonannya... Yang berpegang kepada prinsip tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita ketika berlakon... Satu penghijrahan sikap yang menarik bagi saya... Dan sepatutnya itulah yang berlaku... Lebih-lebih lagi Encik Asyraf Muslim ini merupakan anak sulung dalam adik-beradik... Sudah pasti peranan yang cukup besar perlu dimainkan untuk menjadi role model kepada adik-adik mahupun peminat...

Cakap pasal peminat... Biasalah peminat sekarang ni... Ramai yang fanatik dalam meminati artis sehingga terikut-ikut dengan cara artis terutamanya dari segi berpakaian... Kalau artis tu seksi, seksi jugaklah peminat... Kalau artis itu cantik bertudung, cantik bertudung jugaklah peminat... Ahaksss... Biasalah, ramai yang jadi Minah turut dan Mat turut... Heehe... ada ker Mat turut... Apa-apa jelah... Yang penting peminat fanatik lah katakan... Semua nak ikut...

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Ashraf Muslim dan semoga bahagia hingga akhir hayat... Amin.

Jom! Breakfast... Atau korang nak baca citer lain di sini... Hehee...

Fiza Breakfast dulu... Ok!

Have a nice day!