Hola,
Dah makan belum? Pasti dah makan kan... Dah pukul berapa dah ni... Hurmm, bagi yang belum makan tu... Cepat-cepat makan ek! Kang masuk angin pulak perut tu yer...
Haaa... Before makan tengah hari tadi... Fiza terjah blog Borak Kosong kerana teruja dengan entri terbarunya yang bertajuk "Blackberry Termahal di Dunia"... Korang dah baca belum?
Fuhhhh! Memang cantik... Seperti ini haaa...
Semua gambar ini datangnya dari blog Borak kosong. Kalau korang nak tahu... Apa yang menarik tentang Blackberry ini adalah bahan yang digunakan untuk membuatnya iaitu emas kuning dan juga permata...
Mesti mahalkan... Kata-kata yang pasti keluar daripada mulut kita... Betul tak? Harganya tak ler mahal sangat... 240 Ribu dolar AS jer... Huhuu.... Tak mahal bagi orang yang mampu... Tapi bagi aku... amat-amatlah mahal... Bila lah yer nak pakai handphone semahal itu...
Hurmmm... Tapi kalau ada barang yang mahal, takut kena curi pun tak guna gak... Macam orang ni haa...
Siap bagi kunci lagi beg handphone yer... Tak guna ada barang mahal kalau menyusahkan... Fenomena sekarang... Ramai berfikiran Hahhh... Aku mesti beli handphone Baru... Padahal duit dalam poket cukup-cukup untuk belanja sebulan... Hurmmm... Jadilah "Biar papa, Asal bergaya"... Puan Kutu mesti tahu punya mana Fiza ambik gambar ni...
Fiza ambik gambar ni dari blog Sekamar rindu... Baru jer follow blog Fiza tadi... Alhamdulillah, ada jugak orang nak follow blog Fiza ni yer... Apa yang menarik. Blog Sekamar Rindu penuh dengan informasi yang sesuai untuk santapan minda kita... Heeee...
Bagi Fiza la kan... Hidup beserderhana itu lebih afdal... Kalau duit banyak apa salah nyer gak kan... Pakai Handphone mahal...
Bercakap pasal besederhana... Teringat Fiza dengan ustaz Fiza dulu... Dia selalu bagitau... " Wasatiyyah atau bersikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran Islam yang merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan "... kalau sesuatu itu menyusahkan... Buat apalah kita melakukannya yer...
Hurmmm... Sama-samalah kita fikirkan yer... Sebagai ingatan Fiza jugak sebenarnya...
kekadang nafsu jugak menguasai fikiran untuk memiliki sesuatu. Tak salah kita memiliki sesuatu barang itu... Tapi biarlah ia tidak mendatangkan masalah kepada kita kemudian hari...
Yeahh!!! Yang Elok itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datang nyer dari kelemahan diri Fiza... Wallahualam...
Thanks pada yang sudi membaca...
16 Comments
btul3...
ReplyDeleteukur baju dibadan sendiri kan..:)
haahahahahahahahahaha gelak guling2 mummy tgk gambr tuh...siap ada mangga lagi..huhu...susah tu nak ilang atau nak curi...kalau nak curi pun wat2 nak pinjam kunci keehekeehe..mummy takleh byglah kalau tetiba bunyi phone...hahaahahaha..adoyai fiza2x..nice n3 bebeh..wat mummy apy rini..
ReplyDeletePutrifayad : Yup! Seharusnya kita mengukur baju di badan sendiri. Kalau tak muat atau longgar, mcm mana nak pakaikan. Mcm 2 jugak dalam kehidupan kita.
ReplyDeleteAtiey : Hahahahaha, tul kata mummy tu. Fiza ada gak terfikir pasal kalaulah phone tu berbunyi kan niaya nak bukak. kihkihkih..
ReplyDeletewatpe pakai tepon mahal2..tp kedit slalu xde...ahahha...
ReplyDeleteagaknya tepon tu pakai bluetooth..tu yg dia leh kunci sampai mcm tu skali..eheh
Chii : betul tu. hehe, yelah kot kan guna bluetooth. kihkih.
ReplyDeleteNafsu ingin memiliki, itu fitrah..
ReplyDeleteTp..yg jd trkeluar dr fitrah adalah nafsu yg digabungkn dgn syahwat. (keinginan pd hal keduniaan yg mlampau2).. huhu~
Smoga kita djauhkn..
emm.. tp lawa jugak bnde tuh! hihik ^_^
Hafriz Mohamad : Yup! betul tu... Acehceh... Ada niat ke nak beli. Hihik ^__^
ReplyDeleteCikgu Den : Thanks Cikdu Den kerana sudi singgah dan follow blog saya. Selamat berkenalan. Yup! saya setuju dgn apa yg cikgu katakan. Walaupun kaya sekalipun, kalau hati tak senang.. Pun tak guna.
ReplyDeleteAwan : Adoi... ngerinya akak dgr kes ragut. Tulah pasal akak x berani nak pakai brg mahal2 kalau berkunjung ke tempat awan..Takut haihhh!
ReplyDeleteAda orang beli Blackberry sampai berhutang bayar ansur-ansur dah macam beli kereta dah. Elakkan hutang dengan benda yang simple-simple macam ni. Handset memahal pun kalau makan asyik miss baik tak payah.
ReplyDeleterasanya belilah mengikut keperluan, asalkan ada wifi, 3g, bluetooth pun dan cukup senang kan, sik payah risau hp bertatah emas ke berlian ke..
ReplyDeleteMiss Tira : Yup! betul tu dear. Akak setuju, ada yang sanggup berhutang kerana benda remeh dan nak berlagak punya pasal.
ReplyDeletePuan Kutu : Ahakkksss, kan mesti Muni tau punya. Seronok dpt berkenalan dgn dia. Alhamdulillah.
ReplyDeleteTegkorakemas : Yes! Betul kata kita. Buat apa ada brg mahal mun nyusah dik pun selepas ya.
ReplyDeletewah.. siap di mangga lagi.. nanti kalaw rosak kan susah,,
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.