Hola,

Hurmmm... Petang yang dingin mendamaikan... Membuatkan insan seperti daku mengelamun dan jiwang... mengingatkan insan tersayang... Ahakkkssss... Ayat merapu kepenatan. Ngeeee.

Korang masa sekolah dulu pakai tak beg galas? 

Heee... Mestilah ada kan... Tadi time lunch hour, tengok budak sekolah pakai beg sekolah... Mestilah pakaikan... Hurmmm, Fiza suka sangat perhatikan gelagat orang sebenarnya... 

Nak dijadikan cerita teringatlah daku time study dulu... Kalau pergi ke Bandar kuching, pasti bawak beg galas... Ahaksss.... Fiza tak suka sangat bawak handbag... Sampai sekarang pun... kalau pergi shopping pun sekarang ini Fiza lebih suka bawak purse sahaja jadi peneman. Sempoikan.... Kalau ada event baru bawak handbag...

Lepas tu... suatu hari Fiza dan kawan Fiza pergi ke Satok, Salah satu pusat membeli-belah yang agak terkenal jugaklah kiranya di Kuching. Kawan Fiza plan nak beli baju kebaya sebab dia ada majlis makan malam yang bertemakan ala-ala zaman dulu-dulu lah kononnya...

Cari punya cari akhirnya jumpa jugak. Lepas tu, kami singgah sekejap ke kedai aksesori kerana nak cari eksesori yang boleh dipadankan dengan baju yang dibeli. Fiza perasan jugak jurujual dia asyik pandang kami dan gaya macam mencurigai sesuatu. Ahakkss... Fiza ni mudah sangat terperasan... Kalau tak macam mana leh jadi macam cerita di sini... Disebabkan tak ada satu pun yang berkenan, kami pun terus beredar dari situ.

Tiba-tiba jurujual tu panggil kami dengan nada yang kuat. Kami pun terkejut dan terus berhenti. Dia mengarahkan kami membuka beg dan waktu itu kawan Fiza dah mula bengang...

Akhirnya, jurujual tu pun meminta maaf sebab tersalah faham. Ada ke patut kami disangka mencuri barangnya... Hampehh betul...

Sampai sekarang dah Fiza tak pegi kedai tu... Hambik kau... Hilang customer... Hehehe. Kalau pergi Satok pasti ingat kejadian itu...

Moral of the story... Kalau nak pergi shopping jangan bawak beg besar-besar terutamanya siapa-siapa yang masih bergelar student... Karang, tak pasal-pasal disangka pencuri...

Heehe... Itu cerita Fiza...

Korang ada tak kejadian semasa shopping yang korang masih ingat sampai sekarang?