Hola,

Kedai makan pasti sinonim bagi kita... kalau tak makan, macam manalah nak hidupkan... Bercakap pasal makan... Pasti terasa laparkan... Betul tak?


Korang lapat tak tengok hidangan KFC di atas? Heeee. Saja jer kan nak menyeksa mata. Heeee.

Tapi kan... Disebabkan lapar dan ditambah perangai kedekut tak habis-habis... Ada macam-macam gelagat di kedai makan yang pasti kita jumpa... 

Di sini Fiza ingin kongsikan satu gelagat manusia di kedai makan yang Fiza rasa amat-amat memalukan... Adalah baru-baru ni Fiza pergi makan kat Unimas... Tertengok seorang pelajar ni sambil queue ambik makanan... Mula-mula dia ambik ayam tau... Pastu dia tutup ayam tersebut dengan nasi. Selepas itu, baru dia ambik telur dan sayur diletakkannya di atas nasi itu tadi... Jadi... Bila tuan punya cafe kira... mesti murahlah kan... Sebab dia nampak sayur dan telur jer kat atas... 

Hurmmm, adakah makanan yang dimakan itu halal? Pasti tidak bukan... Kerana makanan itu dibeli dengan cara menipu... Itu satu hal...

Dulu time Fiza ambik diploma... Juga menyaksikan perkara yang sama di warung warisan namanya... Cafe yang selalu Fiza kunjungi... Sebab makanan dia sedap... Lagipun makcik empunya kedai tu pun dah kenal Fiza... Kadang2 tu... Fiza dapat discount lagi makanan... Heeee, pelanggan tetaplah katakan... Nak dijadikan cerita, disebabkan selalu sangat pekerjanya melihat kejadian pelajar menipu time ambik makanan... Ditambah pulak Fiza kaki report time tu... Adalah beberapa orang pelajar kena cekup... Kan Malu... Haaa... Tu lah akibat menipu... Nak makan pun menipu... Apa kes... Heeee.

Korang pulak macam mana, ada tak berpengalaman di kedai makan ?

Ahakksss... Tapi kan... Kalau kat KFC, ada manusia buat macam tu apalah akan jadi ek! Heee... Tapi tak mungkin berlaku... Sebabnya kita kena order dulu...

Orait! Jap lagi nak pergi makan... Lapar sudah....