Hola,
Di awal pagi yang redup dengan bunyi deruan kereta yang entah bila berhenti... Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk kita terus merehatkan badan di hujung minggu... Ahakksss... Ayat merapu di pagi hari...
Namun, saya ingin kongsikan satu puisi nan indah untuk dihayati...
Ranjau perjalanan membawa erti,
Di awal pagi yang redup dengan bunyi deruan kereta yang entah bila berhenti... Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk kita terus merehatkan badan di hujung minggu... Ahakksss... Ayat merapu di pagi hari...
Namun, saya ingin kongsikan satu puisi nan indah untuk dihayati...
Ranjau perjalanan membawa erti,
Penantian yang lama kucari dan kunanti,
Kini hadir mengetuk pintu hati,
Yang lama mendung hilang cahaya,
Seri siang dan damai yang gelap.
Hadirmu...
Menyinari setiap sudut hatiku,
Menyejukkan gersang di dasar mataku,
meredakan ribut dalam ruang fikirku,
Menyirami mekar merah jantungku,
Menyinari setiap langkah perjalananku,
Hadirmu...
Jawab semua penantianku,
Tiada keraguan kau memberi erti hidupku,
Berjuta resah dan kegelapan masa lampau,
Kau sinari dengan wajah sucimu,
Sesuci embun yang menyirami pagi,
Indah penuh keceriaan,
Hadirmu...
Menjadikanku dekat padamu,
Damai hati berlagu,
Menyanyikan melodi indah buatmu,
Tak ingin waktu pantas berlari,
meninggalkanku bersama bayang,
penuh harapan yang pasti.
Ahaksss.... Fiza ingin kongsikan puisi ini sekadar ingin mengetahui apakah pendapat korang terhadap puisi ini?
20 Comments
bab2 puisi ni mmg fail la..
ReplyDeleteFaiz : Haippp!!! awal nyer kata fail. Macam mana ni nak mengayat pompuan. Heehe.
ReplyDeleteoklah best tu....
ReplyDeletepenantian akan berakhir kut nanti 28hb kan...hahah....
Puisi yang bagus..:)
ReplyDeleteYatie : Hahaha... Lain pulak dipikir yatie yer. Yang tu memang tak sabar nak tunggu. Heee.
ReplyDeletePembawa Wacana : Thanks yer di atas pujian itu.
ReplyDeleteFarhana : Wah! mcm mana boleh teka ni. Heee. Yup! hubby akak bagi time mula2 dia tackle akak dulu. Huhu, siap bubuh dalam frame lagi untuk kenangan. Entahla. Akak ni pelik sikit... setiap pemberian dia walaupun kecil mana sekalipun amat bermakna bagi akak... Mana2 akan akak letak. Supaya cinta itu sentiasa mekar. Ahakss. Jiwang karat.
ReplyDeletebile baca puisi tu, tetibe teringat kat lagu ni...
ReplyDeleteDalam perjalananku
Masih jauh harusku tuju
Aku mencari-cari cinta
Cinta yang tulus dan sejati
Kerna aku percayakan
Cinta suci yang datang dari hati
Hadirlah kasih...
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta...
Hadir dalam hatiku
Hadirlah sayang...
Hadir dalam hidupku
Hadirlah kasih...
Agar tercapai segala-galanya
Harus aku mencari
Cinta yang tulus dan suci
Punya segala-galanya
Apa yang aku impikan
Kerna aku percayakan
Cinta suci yang datang dari hati
Kalau ditakdirkan
Bertemuku denganmu
Akan kubina istana bahagia
Agar kita bersama
Kekal selamanya
Hadirlah kasih...
Hadir dalam mimpiku
Hadirlah cinta...
Hadir dalam hatiku
Hadirlah sayang...
Hadir dalam hidupku
Hadirlah kasih...
Agar tercapai segala-galanya ...
Solo molo : Huhu, solo siap bagi lagu lagi kat saya yer. Thanks yer solo.
ReplyDeletesapa buat puisi ni? fiza ke? puitis..
ReplyDeletehehe mesti fiza ngah boringkan?? kesian fiza rindu hubby blik..hem best puisi tu sengih smpai telinga mumy baca...
ReplyDeletealamak.....klau bab2 puisi nie,den lomah ckit....hahaha
ReplyDeletepheewit! sastera dan puitis sungguh hubby kak ye :)
ReplyDeleteAtiey : Ha'ah mummy.. Tau jelah kalau dah sunyi tu ditambah lagi Fiza ni kalau sunyi semua benda pemberian hubby mesti dibukak balik. Pastu nagis... Huhu, rindu punya pasal. Ahaksss.. Sengalkan.
ReplyDeleteNabilah : Ahakss... Nak buat macam mano, dah org bagi. Hehehe.
ReplyDeleteTengkorakemas : Biasa2 jak hasrul. Mun datang jiwa karat nya ya.. Mcm perangai sampai puisi nya polah. Ahakss.
ReplyDeleteRina : Hubby Fiza buat. Huhuk.
ReplyDeleteWah akak ada bakat ni. Sampai sekarang Tira tak dapat nak bezakan puisi dengan sajak. Hahaha. Tira pernah dapat puisi dari Bro Ery. Kenapalah semua orang pandai buat puisi ye. Tira je tak tahu nak buat macam mana. Haha.
ReplyDeleteP/s: Maaf lambat komen sebab busy sikit.
Miss Tira : Heee, Akak pun kurang arif gak dgn puisi ni. Tapi kalau hubby akak ya Allah. Jiwang tak habis2. Hee.
ReplyDeletehadirmu betul2 menyinari hidupku..huhu best puisi nie.sy memang peminat puisi..:)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.