Hola,

Selamat pagi dunia… Hari Jumaat pasti datang lagi… Ahakkksss, pasti ramai yang bersemangat nak pergi kerja sebab esok cuti… Heeeee, boleh update blog kan…

Semalam hubby call, then tanya Fiza buat apa… Heee, dia tanyaDia sendiri jawab.  Ni mesti tengah update blog… Hubby Fiza mesti call tiap-tiap hari… Tak pernah mis… Bukan Fiza paksa atau suruh pun… Dia memang romantik… Dia selalu membuatkan Fiza terharu dan menitiskan air mata… Huhu… Tetiba rasa hiba… Cuma Fiza ni jahat... Selalu merajuk dan degil…

Cish! Kemudian Fiza jawablah “ Ha’ah”, citer la pasal si Hagia Sophia kat dia… Boleh pulak dia buat lawak… Nantilah sayang ek kita pergi sana no… Uihhh! Biar betul… Sebab kekadang Fiza takut nak katakan sesuatu kat dia… Pasti ditunaikan



Lepas tu kan… Biasalah, ayat pesanan penaja dari dia…. Jangan tidur lewat sangat, kesihatan kena jaga, jangan asyik sangat berblog. Ahaksss... Dia memang selalu buat pesanan penaja untuk Fiza... Entah tetiba semalam terus tidur haaa lepas tu… Biasa sempat lagi nak wat satu entri...

Akhirnya… Hagia Sophia membuatkan Fiza tertidur dan banyak komen yang tak berjawab. Adus! Ambik daku… banyak ker komen, takde pun banyak mana… Yang best nyer kan Haghia Sophialah paling banyak tak berjawab… Heee... Tak banyak 10 komen jer sebenarnya… Suka jer kan nak buat ayat gempak.

Pastu kan... Best nyer sekamar rindu dapat pergi sana… Alhamdulillah, pasni bolehlah Sekamar rindu berkongsi cerita pasal Hagia Sophia… Heee.

Manakala...  Kiwi, Chii, Faiz dan Qlah pulak teringin nak pergi sana macam Fiza jugak… Nanti yer kita buat rombongan kita bagitau Kamil kata… Kot-kot dia boleh sediakan transportation untuk kita… Heeee, Sapa tahu kan… Kalau tak tak kan dia boleh cakap kat Fiza nanti pergi sana bagitau... Macam nak sediakan sesuatu jer. Al-maklumlah keluarga dia kan ada business sendiri... Seronok tengok gambar kamil tolong mak ayah dia berniaga tau... Haaa.

Miss Tira, Tengkorakemas dan Puan kutu pulak membayangkan Hagia Sophia amat menarik… Memang menarik pun... Kalau tak takkan umUMRA boleh bagi cadangan kat daku suruh pergi honeymoon kat sana… Kalau nak tahu adik umUMRA ni cute dan manis orangnya... kenalan dia baru 23 orang dan merupakan Biotech student... Jom jadi kawan dia...

Begitulah merapu meraban cerita hagia Sophia… Ahakkss... Bagi yang belum baca entri pasal Hagia Sophia… Bolehlah klik di sini yer… Heeee.

Hagia Sophia... Indah sungguh namanya... seindah tempatnya... 

Bilalah ek dapat pergi sana? 

Apa-apa pun, thanks yer kerana sudi membaca entri merepek saya di pagi Jumaat ini... Ahakksss, bukan selalu pun merepek kan...

Orait... Fiza ciou dulu... Assalamualaikum...