Assalamualaikum 🖤,
Selamat pagi semua... Kali ini Fiza sangat tertarik dengan satu tajuk di MyMetro iaitu "Mahasiswa mudah dipengaruhi kawan" oleh Ruhaiza Rusmin.

Hurmmm... Satu tajuk yang amat menarik Fiza kira... Di mana mengupas mengenai kenapa mahasiswa melalaikan pelajaran mereka di Universiti, sebaliknya mudah dipengaruhi oleh kawan dan leka dengan kesoronokan di luar yang entah sampai bila pun tak kan habis... 


Sebenarnya... Kalau dilihat, perkara ini tiada siapa yang salah... Bukan kawan yang mempengaruhi... Tapi sebaliknya diri sendiri yang mempengaruhi diri sendiri... Sebagai seorang insan yang berilmu kita sudah cukup dewasa untuk membuat pilihan... Pilihan terletak di tangan kita samaada nak menjadi seorang yang berjaya atau tidak... 

Alah! Ingat senang ke belajar kat universiti... Yes! that true, Fiza akui memang belajar di universiti sesuatu yang susah... Tapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk kita tidak berjaya... Kenapa kita harus jadikan kegagalan itu sebagai pemusnah masa depan kita... Gagal sekali bukan beerti gagal untuk selama-lamanya... Fiza pun pernah gagal... Orang yang takut akan kegagalan adalah orang yang pengecut...

SALAH DALAM MEMBUAT PILIHAN

Fiza bagi satu contoh, pilihan seorang yang berfikiran sempit...

Alah! Malas lah nak belajar, baik lepak ngan kawan kat kelab atau berpeleseran di bandar... Right! Good Idea...

Lepas itu... Mulalah pelajaran terabai, mulalah... tak ade duit... Mulalah nak mencuri, mulalah mengenali sek bebas, mulalah nak jual dadah... Sebab apa, duit menjadi raja dalam diri, nafsu menjadi tuan...

Seterusnya... Kalau pregnant pulak, mulalah kes buang anak... Mulalah, kena tangkap... 

Hurmmm... Lepas itu, lagi dasyat... ada yang sanggup bunuh diri, dan ada mak ayah yang malu kerana perbuatan anak-anak... Mati terkejut...

Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya?

Jangan nak salahkan orang lain di atas kegagalan diri kita, sebaliknya kegagalan itu datang daripada pilihan yang kita buat... 

Tepuk dada... Tanya diri... Jadilah cermin kepada diri, bukan cermin kepada orang lain... Bukan senang nak senang... Tapi untuk susah mudah sekali...

Pilihlah... Pilihan terletak di tangan masing-masing... "PILIHAN MENDATANGKAN IMPAK MAKSIMA DALAM KEHIDUPAN"... Simple things, tapi ramai yang tidak mampu melakukannya... Why?

Setiap daripada kita ada jawapannya!


Fikir-fikirkan lah... Have a nice day =)