Hola,

Selamat pagi dunia... Pagi-pagi lagi sudah bercerita pasal najis... Apa kes? Heehe... Sekali sekala apa salahnya kan... 

Hurmm... Cakap pasal najis... Pagi tadi selepas subuh saya online, biasalah... Hubby takde. Lambat sikit yer nak ke dapur... Ahakss... Jahat kan. 

Nak dijadikan cerita, saya bukak bahagian berita online... Suatu kemestian dan perkara pertama yang akan saya buat sebelum buat benda lain... Hehe.

Salah satu berita online yang saya minat adalah okezone.com, banyak cerita menarik dan pelik dimuatkan di dalam okezone.com. Salah satu topik hari ini yang menarik perhatian saya ialah kisah ' Walah, Kotoran Manusia Dikira Bom... Di mana najis telah dibalutkan dengan kain putih dan ditinggalkan di hadapan pejabat Gabenor... Yang sepertinya berbentuk bom... Dan ini telah menggemparkan penduduk setempat bandar Aceh... Apabila dibuka, ternyata di dalamnya adalah najis yang terlalu busuk... 

Apakah motif sebenarnya kejadian itu? Wallahualam...

Sungguh tidak bermoral manusia yang melakukannya kan... Apalah nak jadi manusia sekarang ini. Semakin maju semakin tidak bertamadun... 



Macam-macam manusia kan...

Malah... Ada jugak manusia yang pandai buang tapi tak reti nak flash... Contohnya, di tandas-tandas awam... terutamanya tandas awam di tempat-tempat terpencil yang tiada penjaga tandas... Sungguh menyedihkan... Kenapa begitu tidak bermoral... 

Sebab tu kalau perjalanan jauh... Saya tak nak minum banyak-banyak... Malas nak singgah kat tandas awam... Serik wooo... Berapa kali dah jumpa alien dalam mangkuk tandas... Cis!!! pengotor sungguh manusia yang meninggalkannya... Padahal air ada jer disediakan...

"Manusia seperti ini sama jer seperti binatang, takde otak untuk berfikir"... Yelah kan... Tengok jer kucing saya si comot... Mana-mana jer dia rasa nak melabur... Di situ lah dia melabur... Pastu ditinggalkan...

Nampaknya tiada bezalah yer manusia dan binatang pada zaman sekarang... 

Subhanallah.