Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Yeah!! Isnin datang lagi... Pasti ramai yang sibuk kan nak pergi kerja lah, kelas lah, pasar sayur lah... Pendek kata semua sibuk... Haaaa, pada yang sibuk dok godek2 blog tu... Apa kata kita jamu mata kita dengan gambar struktur Binaan Menakjubkan di dunia dulu pepagi ni...






Haaa... Yang ni adalah Terusan Panama kalau korang nak tahu... Ia adalah terusan kapal utama yang merentasi Segenting Panama di Amerika Tengah dan menghubungkan Lautan Atlantik dengan Pasifik... Menarik kan... Pembinaan terusan ini adalah satu daripada projek kejuruteraan terbesar dan paling susah pernah dilakukan. 



Yang ni pulak ialah Burj Khalifa yang dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai. Ia merupakan Sebuah bangunan pencakar langit yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah iaitu 828 meter ( 21717 kaki )... Tinggi betul kan... Hai... Kalaulah aku naik sampai tingkat paling tinggi... Pasti takleh nak turun... Pasai apa, aku gayat tengok... kalau tinggi sangat... Korang macam mana? gayat tak kalau tempat tinggi?

Yang ni pulak Jambatan Milliau yang dikenali sebagai jambatan tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,000 kaki. Menarik kan… Ia seolah-olah dibina diatas awan melintasi sungai Tarn yang terletak di Prancis Selatan. Wah! mesti bestkan kalau lalu kat sini...




Bestkan... Seronoknya... kalau dapat tengok real depan mata... Hehehe... Apa-apa pun itulah ciptaan-ciptaan manusia yang bijak pandai yang sentiasa berfikir diluar kotak pemikiran... 

Orait... tak mau cakap banyak... nak breakfast kejap!

Apa2 pun hiasi hari-hari kita dengan keceriaan... 


Sumber : Google Image dan Majalah Milenia