Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Ahaksss... Poyo betul... Korang dah breakfast?... Breakfast apa pagi ni?... Fiza breakfast nasi goreng dengan air teh panas jer... Huhhh!!! Sedap wooo... 

Tapi kalau tak makan nasi goreng atau kuih... Fiza suka gak makan sandwich tuna letak timun dan tomato... Adusss!! Meleleh air liur mengenangkannya... Semalam lupa nak beli... Huhuhu.

Cakap pasal buah... Fiza memang suka makan buah tometa... Setiap masakan pasti ada... Lebih-lebih lagi dalam sup ayam... Perghhh! 1 mangkuk besar... Fiza boleh habiskan... Caya tak caya? Heeeee.


Disebabkan kegilaanku itu terhadap tomato... Banyak gak koleksi pasal tomato ada dalam simpanan aku... Huhuhu... Aku ni ada satu kegilaan, tapi gila waras tau... Heee, Ada ker gila waras?... Ahakss... Kalau aku suka dengan sesuatu benda tu... Hai! siap... Mencari maklumat berjam-jam kat internet... 

Haaa... Ni ada satu kisah disebalik tomato ni... Data ini aku simpan suatu ketika dulu dan sumbernya daripada Majalah Rapi 15 Mac 2010... Yeahh!!! Siap tulis tarikh lagi... Semua ni aku simpan dalam external hardisk aku... Gilakan... Hai! kenapa dulu aku tak buat blog ek... Leh gak aku buat catatan selalu. Heeeeee... Ketinggalan zaman betul...

Ishhh! Melalut pulak....

Ok! straight to the point.... 

Korang nak tahu tak... Memang tahu pun... Kalau pasal memilih tomato kan... Sebab memilih tomato yang segar kan sememangnya tindakan yang baik... 

Namun, kalau korang nak tahu... Tomato di dalam tin dilaporkan lebih menyihatkan kerana mengandungi lebih banyak likopen yang terhasil semasa proses pemanasan...

Apa itu Likopen??

Likopen adalah pigmen merah pada tumbuhan atau buah-buahan yang mampu memperlambatkan atau mencegah kanser... Kalau dalam bahasa Indonesia disebut sebagai antikanker si... Heeeeee. 

Malah... Catherine Saxelby dalam bukunya yang bertajuk "Nutrition for Life" juga menyarankan agar memasukkan buah tomato segar ke dalam air yang mendidih selama 10 hingga 20 minit dan kemudian mengupas kulitnya sebelum dimakan adalah cara terbaik untuk memastikannya seperti tomato di dalam tin...

Haaa... Kita ingat makanan dalam tin tak sihat kan... Tapi ada gak kan cerita menarik tentang makanan dalam tin..

Orait... itulah dia cerita di sebalik tomato... Ahakksss... Ada kan blogger kita guna tomato sebagai nama url blog dia... Siapa? Korang tahu tak?

Sapa lagi kalau bukan Ciktom.com... Haaa, sekarang ni blog dia under construction... Baru pindah rumah katakan...

Ok! ilmu yang sikit Fiza kongsikan untuk korang... Benar atau tidak... Wallahualam...