Hola,
Huhhh! Lamanya tak updated blog... Rindu rasanya. Ahaksss. Hurmmm... Seperti yang aku janjikan di sini... Entri kali ini aku ingin kongsikan panorama menuju ke perkampungan orang ulu...
Haaa... Inilah jalan yang dilalui menuju ke perkampungan orang ulu... Sangat-sangat menakutkan. Pasai apa, sepanjang perjalanan kami asyik terserempak dengan lori kayu balak... Ya Allah! Besar-besar kayunya mak aiii... Sampaikan aku takut untuk berkata apa. Bukan tu jer, kami juga turut terserempak dengan transformer... Ahaksss... Apa tak nya, jumpa lori yang boleh dilipat tayarnya seperti transformer.
Bukan tu jer, kami juga turut melalui kawasan di mana pondok panjang yang usang tempat menjual sayur dan buah-buahan tempatan ataupun hutan...
Haaa... Bukan tu jer... cuba korang teka ini rumah ke apa?
Teka ek! jangan tak teka... hehee... Orait, tu antara yang ingin aku kongsikan... Nanti akan aku kongsikan lagi... InsyaAllah... Di saat entri ini dipaparkan... Aku dan hubby... tengah bersiap-siap kat hotel... Semalam kami memulakan perjalanan balik kampung... Cuti Gawai katakan... orait... Bye!
Wassalam... Thanks yer kepada yang sudi baca ^____^.
2 Comments
Fuh, dah macam cabaran 4x4 dah ni. Tapi tu rimah apa ya? Macam kubur je penuh semak samun..
ReplyDeletemmg mencabar kalo jln dekat kwsn camtu..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.