Hola,

Wah! Tengok tajuk macam blog doktor. Ahakss... Siap ada tip elak asma lagi... Namun, hakikatnya... Saya ada seorang mak saudara yang menghidapi asma. So, sedikit sebanyak tahu lah jugak pasal asma ini. InsyaAllah, kerana dulu pernah menemaninya berulang-alik ke hospital... Gitu...

Hehe, kali ini saya ingin kongsikan tip untuk mencegah asma. Tak mau panjang-panjang, jom kita baca tipnya di bawah :-



Pertama : Hindari makanan penyebab asma. Misalnya seafood dan minuman ringan. Ais memang dielak sama sekali. 

Kedua : Jangan makan ubat sembarangan, memandangkan setiap orang mempunyai ubat yang berbeza terutamanya pada penderita asma. Yang ni memang amaran keras dari doktor. So, jalan terbaik berjumpalah dengan doktor pakar untuk mendapat rawatan.

Ketiga : Hindari haiwan peliharaan yang boleh menjadi penyebab asma like kucing.

Keempat : Jaga kebersihan di rumah terutamanya tempat tidur. Bantal, selimut dan cadar kena cuci selalu... Jangan sampai berbulan-bulan tak bercuci... Mahu semput. Ahaksss...

Hurmmm... Apalagi ek! rasa itu yang terlintas dan yang paling saya ingat mengenai asma. Hurmmm... Nantilah ek saya kongsikan lagi cara cegah asma. Banyak sebenarnya kalau kita search kat google. Tapi saya tak nak guna info itu, pasai apa... Saya nak kongsikan sendiri tip yang segar dari ladang yang dipraktikkan oleh sendiri mahupun ahli keluarga. InsyaAllah!

Tunggu saya tanya dengan mak saudara saya dulu ek... Pasai apa... Dia cukup berdisiplin menjaga diri... Tak mahu sakit katanya... Sakit wooo semput... Alhamdulillah! Jarang lah dia semput dan diserang asma. Bukan nak riak, tapi ingin kongsikan perkara yang baik untuk kepentingan bersama. InsyaAllah! 

Apa-apa pun have a nice day.. Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri demi orang yang tersayang.