Hola,

Selamat malam semua... Pasti dah makan kan... Hehe. Tadi lepas makan saya online dan terbaca ruangan berita myMetro... Dan berita menarik yang sempat saya baca ialah dua guru mati lemas sehari selepas sambutan hari guru. Kejadian ini berlaku ketika mereka mandi di Pantai Kijal, Kemaman... Mohd. Anuar Harun, 28 tahun dan Md. Iskandar Arif, 26 tahun ditemui lemas oleh orang awam di tempat kejadian... 






Al-Fatihah buat mereka... Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan mereka ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin....

Siapa sangka kan... Usia bukan ukuran andainya Allah lebih menyayangi kita. Bila-bila masa jer Allah boleh ambik nyawa kita. Subhanallah...

Bila difikir-fikirkan, gerun jugak apabila memikirkan tentang kematian di mana kita tidak mengetahui bilakan turn kita untuk dijemput... Adakah bekalan yang kita kumpul di dunia ini cukup untuk datang menemui Allah?...

Sumber : myMetro dan Google Images