Hola,

Kalau tadi di sini... Kita melihat di mana fenomena seorang ibu yang menjadi penagih dadah sanggup meninggalkan anaknya yang baru saja berusia 20 bulan. Sekarang gempar pulak dengan cerita seorang suami pemabuk sanggup menetak isterinya kerana isterinya enggan menyerahkan wang.


Peristiwa ini berlaku di Ipoh. R Revethi, 21 trauma diserang suami... Malah jiran mereka juga turut cedera. Apalah nak jadi manusia sekarang ini. Sana sini terpampang di dada-dada akhbar dengan berita manusia yang sanggup mencederakan ahli keluarga sendiri semata-mata kerana wang. Sepertinya, manusia zaman sekarang ramai yang bertuankan wang... Sebab itu mereka sanggup melakukan apa sahaja demi wang... Malah ada yang sanggup menghalalkan cara demi untuk mendapatkan wang...

Fikir-fikirkan... 


Sumber : MyMetro