Hola,
Indahnya hidup andainya kita senantiasa mencari sesuatu ilmu untuk dijadikan santapan minda. Namun, kesihatan tubuh badan juga seharusnya jangan kita lupai. Oleh itu, kali ini Fiza ingin kongsikan info berguna untuk kita semua terutamanya apabila bercerita tentang kesihatan. Info ini adalah hasil daripada pembacaan Fiza. Alhamdulillah.
Apakah itu Buah Aprikot?
Hehe... Bagi yang tak kenal buah Aprikot, inilah rupanya.
Buah Aprikot merupakan buah yang berwarna oren dan kaya dengan kandungan asid folik. Ia juga mengandungi klorofil, vitamin E, vitamin B kompleks dan Beta karotin. Hurmmm... Jangan tak tahu. Tapi Fiza pun baru tahu jugak sebenarnya. Kekadang kita bila makan buah, bukan tahu sangat pun setiap buah yang kita makan. Betul tak?... Main makan jer janji sedap. Ada aku kisah. Hehe.
Berbalik kepada tajuk entri ini. Salah satu kebaikan buah aprikot adalah mampu meningkatkan energi tubuh apabila kita memakannya. Malah ia juga mampu melancarkan metabolisme protein dalam badan. Hebat kan!
Selain itu, kandungan lemak yang tinggi di dalam buah aprikot juga mampu menurunkan risiko serangan strok dan serangan jantung.
Hurmmm... banyakkan kebaikan buah aprikot terutamanya kepada individu yang mementingkan penjagaan kesihatan.
Selamat mencuba!
Sumber info : Majalah harmoni
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.