Hola,
Kekadang apabila melihat orang kurang upaya, pasti kita memikirkan tentang kekurangan mereka dan tak kurang juga yang beranggapan " His! mereka bukan boleh buat apapun... Tetapi itu hanyalah anggapan insan yang hanya memandang insan lain dengan sebelah mata. Hakikatnya, setiap kejadian Tuhan itu adalah ciptaan terindah di dunia ini dan setiap kejadian itu pasti mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Lihat sajalah gadis ini...
Seorang gadis di Zhenjiang yang lahir tanpa tangan. Namun, Wang Qianjin tetap bertekad dan tidak menjadikan kekurangan yang ada padanya untuk menghasilkan sebuah novel.
Untuk pengetahuan semua, Wang Qianjin hanya mengunakan bibirnya untuk menaip novel tersebut dan kini beliau menunggu saat untuk novelnya diterbit dan diedarkan.
Selain itu, apa yang menarik juga tentang gadis ini ialah... Dia tidak pernah menghadir sebarang pendidikan formal tetapi sebaliknya duduk di rumah. Namun, gadis ini mampu berbahasa China, Jepun dan Korea dengan hanya mempelajari bahasa tersebut melalui kegemarannya menonton tv. Hurmmm... Hebat sungguh gadis ini kan... Benarlah kata pepatah " kalau hendak, seribu daya... Kalau tak nak, seribu dalih"... Betul ke pepatah ni? ahakss... Tapi yang penting apa yang ingin saya kongsikan adalah... Jangan jadikan kekurangan yang ada pada diri kita sebagai alasan untuk kita tidak mengecapi kejayaan.
Sebaliknya, jadikan gadis ini sebagai contoh untuk kita.
Sumber info : okezone.com
3 Comments
kita tak boleh la pandang rendah pada orang lain... sebab setiap manusia yang dilahirkan ke muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing...
ReplyDeletemmg hebat...org normal mcm kite ni pon xbley nk buat novel dan menguasai bahasa byk2 tu..
ReplyDeletetakjub!bagus budak nie,tak jadikan kekurangan sebagai sebab utk tak berjaya..:)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.