Hola,
METAIRIE (Louissiana): Jessica Ockman, 33, ditangkap atas tuduhan membiarkan anaknya berusia 20 bulan bersama mayat rakannya di dalam kereta semata-mata untuk menghisap dadah di sebuah stesen minyak.
Pekerja stesen minyak sebelum itu menemui Jessica dalam keadaan tidak sedarkan diri di tandas. Polis turut menemui pemetik api dan satu sudu di tandas berkenaan.
Jurucakap polis, John Fortunato berkata, petugas stesen minyak itu yang memeriksa kereta Jessica terkejut apabila menemui anaknya bersama mayat seorang wanita, Shelby Fleming.
Shelby disahkan mati di tempat kejadian tetapi punca kematiannya tidak dinyatakan sementara menanti hasil ujian toksilogi.
P/s : Manusia sekarang lagaknya seperti binatang. Manusia sekarang sepertinya tiada lagi unsur kasih sayang di hati... Alahai! apalah nak jadi manusia sekarang... Semakin maju semakin kolot... Bukannya semakin maju semakin berilmu...
Sumber Berita : Harian Metro
3 Comments
macam yg kat china.
ReplyDeleteyg sanggup nk bunuh anak sendiri sebab polis nak tahan die.
ish2..mcm2 skrg
ReplyDeletesemakin lama manusia nak menuju ke zaman jahilliyah..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.