Hola,

Selamat berhujung minggu semua, hari ini Fiza ingin kongsikan sebuah artikel yang menarik saya rasa... Rasa hairan pun ada, yelah kerana inginkan aura sek yang membara, seorang warga emas sanggup hilang deria pendengaran. Bukan bermaksud hilang telinga yer. Tetapi dalam bahasa kasarnya sanggup menjadi pekak akibat mengambil viagra dalam kuantiti yang berlebihan.

Perkara ini berlaku di Hollywood di mana seorang pengasas Playboy... Hugh Hefner, 85 tahun dipercayai menjadi pekak akibat terlalu banyak mengambil pil viagra. Kenyataan ini diakui oleh bekas kekasihnya sendiri iaitu kembar Karissa dan Kristina Shannon yang berusia 21 tahun.


Menurut mereka juga... Kasanova yang bergelar warga emas itu tidak akan berubah dan dia lebih rela menikmati seks daripada memiliki deria pendengarannya. Malah, dia turut mengenakan alat bantuan pendengaran dan hanya boleh mendengar melalui sebelah telinga saja.



Selain itu yang paling melucukan... Menurut kembar Karissa dan Kristina Shannon juga... Walaupun mereka duduk bersebelahan dengan warga emas itu sambil berbual... Warga emas itu pasti tidak tahu apa yang mereka bualkan.

Hurmm... Dasyat juga yer. Walaupun telah berusia di mana rumah kata pergi, kubur kata mari... Tetapi, still punyai nafsu yang kuat. Sanggup hilang fungsi deria pendengaran gara-gara inginkan penangan nafsu yang kuat.

Itulah antara keburukan pengambilan pil viagra secara berlebihan. Jadikan ia sebagai pengajaran kita semua.


Sumber artikel dan gambar : Harian Metro.