Assalamualaikum ^^

Selamat Hari raya...

Apa-apa pun kita masih lagi dalam mood raya kan. Hurmmm... Entri kali ini Fiza ingin kongsikan cerita menarik tentang Facebook. Satu-satunya laman sosial yang cukup terkenal... dari budak kecil sampai nenek pun ada Facebook. Betul tak? Hehehe.

Hari ni... Fiza ada terbaca satu kisah yang menarik untuk dikongsikan di mana ia berkaitan dengan meletakkan gambar di Facebook. Ia bukan sahaja satu ikhtibar, namun sebagai peringatan buat Fiza dan rakan-rakan yang lain di mana berita ini tersiar di Kosmo.

Sumber Gambar : Kosmo


Menurut Kosmo... Seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang dikenali sebagai Ira telah mendakwa dirinya telah disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam Facebook. Menurut Ira juga, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurut Ira... Semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

Bagaimanapun setelah berubat, baru Ira mengetahui bahawa dirinya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria.

Malah menurut Ira juga... Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Hurmm... Betapa dasyatnya dunia sekarang kan... Manusia sanggup menghalalkan cara demi untuk kepentingan diri. Sama-samalah kita beringat dengan apa yang telah berlaku kepada saudari Ira. Moga-moga kita dijauhi daripada perkara sebegini.

Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Terima kasih kepada yang sudi membaca entri saya =)