Hola ^^

Apa khabar semua? Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam hendak-NYA. 


Hehe... Sedapkan gambar pasta kat atas tu. Namun, entri kali ini... Fiza bukanlah ingin bercerita pasal makanan atau Fiza yang mengidam nak makan pasta. Hehe... Tapi, Fiza ingin kongsikan ketagihan Fiza sejak akhir-akhir ini yang suka sangat menonton drama korea...

Semuanya bermula dengan kisah drama korea Pasta.



Ahakss... Entah! Dulu Fiza bukannya seorang kaki tonton drama korea. Tapi kini, Fiza pula yang terpacak depan tv setiap Isnin hingga Jumaat, tv2 jam 5 petang... Hehe, semata-mata nak tonton drama korea pasta.

Whatever... Yang penting seronok. Ye tak?

Bagi Fiza drama ini cukup menarik untuk ditonton terutamanya bagi penonton yang gemarkan cerita yang berkisar tentang percintaan

Ia mengisahkan seorang gadis bernama Seo Yoo Kyung yang baru menamatkan training 3 tahun sebagai kitchen assistant di La Sfera iaitu di salah sebuah restoran Italian. Telah jatuh cinta dengan Chef mereka iaitu Hyun Wook yang begitu hambar sikapnya terhadap wanita.

Pelbagai suka dan duka telah berlaku di La Sfera. Apakah penghujung kisah drama ini sama-sama kita saksikan ok.... Nanti tak best kalau Fiza citer semua kat sini. Ahaks!

Apa-apapun, thanks kepada yang sudi singgah dan follow blog saya :)



http://bit.ly/udVb20