Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia^^

Apa khabar semua? Kali ini Fiza ingin kongsikan 1 drama menarik yang Fiza sendiri berkesempatan untuk menengoknya... Chewah! Sebuah drama yang ditayangkan pukul 10 pagi tadi... Pasti ramai yang tak sempat tengok kan... Fiza sempat jer tengok. Jangan cemburu... Ahakksss, ada ke orang nak cemburu?


Begini... Drama ini mengisahkan sebuah perkampungan di mana penduduk majorotinya berbangsa Melayu Bangkahulu. Namun terdapat juga bagsa Cina dan India dalam kelompok yang agak besar di situ. 

Cikgu Zainuddin seorang guru yang dihormati di kawasan tersebut dan mempunyai seorang isteri bernama Zabedah juga seorang guru dan tiga orang anak. Yang sulung dalam tingkatan lima bernama Anuar, Zarina anak yang kedua dalam tingkatan 4 manakala anak bungsunya bernama Kamal berusia 12 tahun.. Sejak dari lahir Kamal mengidap penyakit HAHD (Attention-Deficit Hyperactivity Disorder ).

Kerana penyakit tersebut, Kamal sering di jadikan bahan jenaka. Orang kampung memang telah masak dengan perangai Kamal. Sering kali Kamal merayau sendirian dan di kala malam ada sahaja orang kampung yang menghantarnya pulang. Bukannya niat Cikgu Zainuddin mahu melepaskan tanggungjawabnya menjaga Kamal. Mereka tidak sanggup mengurung Kamal seperti orang tebusan di rumah. Hanya satu tabiat Kamal yang sukar untuk di bendung. Kamal pantang berjumpa dengan sungai. Dia pasti berendam dan bermain air di sungai berdekatan dengan estate ladang getah.

Namun kehadiran Kamal di sebuah jeram amat tidak di senangi oleh beberapa kanak-kanak nakal yang sering bermain di kawasan tersebut. Kamal sering di buli dan di perbodohkan oleh mereka. Ijat, Ah Kit dan Rama memang terkenal kerana kedegilan dan kenakalan mereka.

Berdekatan denga estate terdapat sebuah kuil hindu. Bila lapar sahaja Kamal dengan tidak segan silu akan meminta seorang Sami Mutu sedikit makanan. Sami Mutu kadang kadang merasa risau kerana Kamal sering datang ke kuil tersebut dan ramai yang agak kurang senang dengan kehadirian Kamal. Ahkirnya Kamal di larang menghampiri kuil tersebut kerana takut Kamal akan melakukan apa-apa kerosakan di situ. Mereka juga mengesaki bahawa Kamal mencuri kasut di kuil tersebut. Namun sebenarnya Kamal di peralatkan oleh Ijat, Ah Kit dan Rama.

Sami Mutu bertemu dengan Cikgu Zainuddin. Dia menasihati Cikgu Zainuddin supaya menasihatkan dan menjaga anaknya dari menghampiri kawasan suci mereka. Cikgu Zainuddin akur. Kini dia terpaksa mengawasi anaknya dari tidak ke kawasan kuil tersebut. Cikgu Zainuddin telah mengarahkan Anuar dan adiknya Zarina untuk menjaga Kamal.

Kerana terpaksa Anuar terpaksa membawa Kamal kemana sahaja dia pergi. Setiap petang Anuar akan pergi ke rumah Tauke Loy. Dia sering belajar bersama anak Tauke Loy iaitu Steven Loy. Ruamh Taukey Loy pola berdekatan dengan sebuah tokong Cina. Setiap petang juga tokong tersebut akan membuat latihan gendang Cina. Kerana leka berlajar bersama Steven, Kamal di biarkan bermain sendirian di luar rumah.

Kamal mula tertarik dengan bunyi-bunyi gendang lantas masuk ke dalam tokong tersebut. Kamal mulai mengganggu latihan. Bukan itu sahaja, Kamal dengan tidak sengaja telah menjatuhkan sebuah tembikar antik sehingga pecah sewaktu melihat mereka berlatih. Akibat dari itu Anuar terpasa membawa Kamal pulang. Kerana simpati Tauke Loy membayar ganti rugi bagi pihak Kamal.

Cikgu Zainuddin tiada pilihan. Dia mulai hilang sabar. Dia terpaksa merantai kaki anaknya walaupun dia berat untik berbuat demikian.

Master Lim, jurulatih seni gendang Cina mulai serba salah bila terlihat Kamal di rantai. Dia tidak mahu kerana kejadian tesebut, Kamal di perlaku seperti itu. Master Lim bertemu dengan Cikgu Zainuddin. Master Lim juga menawarkan dirinya untuk mengajar Kamal bermian gendang kerana Kamal begitu minat terhadap alat gendang Cina. Begitu juga dengan Sami Mutu. Sami Mutu dan memohon supaya Cikgu Zainuddin melepaskan Kamal. Dia berjanji jika Kamal datang, dia akan menjaga Kamal sebaiknya.

Namun Cikgu Zainuddin enggan. Dia risau jika Kamal terus mengganggu mereka semua. Zarina dan Anuar merasa simpati melihat Kamal di rantai. Akhirnya mereka mengambil keputusan melepaskan Kamal.

Sedang Anuar dan Zarina leka dengan kerja rumah masing-masing, Ijat datang dan mengajak Kamal bermian di sungai. Memang sudah lama Kamal tidak bermain air di sungai. Kamal yang lurus bendul kemudian mencuri keluar dari rumah.

Tiba di kuil, Ijat, Ah Kit dan Rama menyuruh Kamal mencuri kasut di luar kuil. Namun bila dia menuju ke arah Ijat, sekumpulan pengunjung kuil mengejar mereka. Kamal lari mengikut Ijat, Ah Kit dan Rama. Mereka menuju kearah sungai. Kerana takut, Ijat, Ah Kit dan Rama terjun ke dalam jeram. Lazimnya mereka tidak terjun ke tangah dan hanya bermain di terbing kerana air sungai yang dalam. Namun kerana ketakutan mereka semua terjun ke kawasan yang paling dalam.

Ketiga-tiga mereka terkapai-kapai lemas. Kamal turut terjun ke sungai. Kelebihan yang ada pada Kamal, dia mampu berenang. Kamal menyelamatkan kesemua mereka dari lemas. Namun kerana belari dan berenang, kaki kamal kekejangan. Akhirnya Kamal lemas. Mujur orang kuil datang dan menyelamatkan Kamal. Namun kamal telah banyak terminum air dan paru-parunya telah di masuki air.

Kamal kemudan di bawa ke hospital. Pada malam itu juga, sekumpulan sami India dan juga sami Budha berkumpul di depan rumah Cikgu Zainuddin dan berdoa dengan cara mereka meminta tuhan memanjangkan umur Kamal. Dalam masa yang sama juga di surau satu sembahyang hajat di lakukan meminta agar Tuhan memanjangkan umur Kamal. Namun Kamal telah menghembuskan nafas terakhir sewaktu di hospital.

Hasil Penulisan Skrip: Adza Irdawati Adenan

Bagaimana? Best tak? Suka tak?