Assalamualaikum ♥ 

Fuhh!! Lamanya Fiza tak updated blog... Rasanya dah 3 bulan kot. Hehe.  Tengok tajuk entri macam  kisah cinta. Tapi hakikatnya bukan...

Hurmmm... Alhamdulillah! Akhirnya Fiza berjaya menamatkan hari-hari berpantang selepas bersalin. Ahakkss! Apa kaitannya dengan tajuk entri.

Sebenarnya Fiza ingin kongsikan cerita ke pengalaman. Apa-apa jelah yang penting entri ni siap untuk dibaca. Pengalaman apabila dianugerahkan seorang cahaya mata. dalam entri pertama dulu Fiza ada kongsikan keputusan scanning baby Fiza... Siapa yang baca pasti tahu ceritanya.

Alhamdulillah! keputusan scanning tu memang tepat. Fiza dikurniakan cahaya mata perempuan... Syukur pada Yang Maha Esa.

Nur Qalesya Alia... Itulah nama pilihan Fiza dan hubby.

Taraaa... Inilah buahhati yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan 10 hari.


Bila ku pandang hatiku tersentuh... Itulah perasaan yang hadir di saat aku bersabung nyawa untuk melahirkannya. 3 hari aku di wad disebabkan pecah air ketuban tanpa ada rasa untuk melahirkan bayi... Aku di induce, namun still 3 cm bukaan. Akhirnya, aku kena drip. Subhanallah... Sakit yang teramat sangat. Namun, apabila melihat wajah si kecil rasa sakit hilang entah ke mana... Betapa hebatnya anugerah ilahi.

Kini, Nur Qalesya Alia sudah berusia 2 bulan ++.