Hola ♥
Hurmmm... Lamanya tak kemaskinikan blog. Kata nak buat satu hari satu entri... Tapi alih-alih dah di penghujung ramadhan dah... Baru muncul 1 entri. Apa kes?
Cakap tak serupa bikin. Aduh! Words yang negatif. Tapi... Apakan daya tuntutan hidup yang pelbagai dan lebih-lebih lagi setelah bergelar ibu telah membataskan Fiza untuk berkongsi cerita. Siannya blog... Dibiarkan sunyi tanpa entri :(
Ada ku kisah! Cis words yang senang untuk dilemparkan... Betul tak? tapi penuh dengan 1001 makna kalau difikirkan secara rasional.
Bila mana bercakap tentang words ada ku kisah... Teringat akan satu fenomena... Ambil contohlah kan... Memandangkan raya dah nak dekat.
Kita bertandang ke rumah saudara ke... rumah siapa-siapa jelah, senang citer. Lepas tu, adalah insan yang hidup dengan dunianya sendiri... Ada ku kisah! langsung tak menegur sapa kita yang datang... Apa perasaan korang?
Fiza selalu jumpa orang seperti ini... Sedih sesangat bila bertandang ke rumah orang seperti ini...
Sumber : Google Image |
Apa-apa pun dikesempatan ini Fiza ingin mengucapkan Selamat hari raya kepada semua rakan blogger yang mengenali blog Fiza. Mohon ampun andainya terdapat entri Fiza yang berbaur kata-kata yang kasar. Semoga raya kali ini memberi 1001 makna dan kegembiraan buat kita semua.
3 Comments
selamat ary raya kak, maaf zahir & batin.. :)
ReplyDeletebermula disini dan disini aku bercerita.. hehe
ReplyDeletebtol2 . sedih klu pesen cmtu,wt hal dy je . btw slmt hri raya aidilfitri juga kak fiza :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.