Hola

Alhamdulillah di atas kesempatan yang Allah berikan untuk kita terus bernafas dan seterusnya berkongsi ilmu di alam maya.

Kali ni Fiza nak share sikit pasal kejadian siang tadi untuk sama-sama kita beringat. InsyaAllah!. 

Tadi Fiza dapat satu panggilan private number. So, Fiza angkatlah walaupun pada dasarnya malas nak angkat. Fiza bukan suka sangat dengan private number. Mencurigakan. Sebenarnya... Nurveous kalau dapat panggilan private number tau..


Nak dijadikan cerita... Panggilan tu dari seorang lelaki yang mengaku bahawa dia adalah salah seorang daripada staff ibu pejabat Celcom di Kuala Lumpur yang mengatakan nombor handphone Fiza menang cabutan bertuah... 3 teratas daripada top ten. Wah! teruja bila mendengarnya lebih-lebih lagi menang RM5000... Banyak tu.

Then, dia pun nak transfer duit tu... Tapi Fiza perlu pergi ke ATM mesin yang terdekat... Bila dah sampai call dia balik. Dia akan bagi nombor handphone katanya... Aik!... Pelik! Fiza malas nak layan... Terus bagitau kat dia boleh tak Fiza refer dengan cawangan celcom terdekat. Terus off line... Apa ke jadah nyer. Nak menipu yer! hengat semua orang boleh kenapa tipu! Marah ni...

Macam-macam manusia sekarang ni... Lebih-lebih lagi apabila menjadi hamba kepada wang... Sanggup menghalalkan cara. Wallahualam.

Sama-samalah kita beringat untuk lebih berhati-hati ketika menerima panggilan daripada orang yang kita tidak kenali.