Hola ♥
Alhamdulillah di atas kesempatan yang Allah berikan untuk kita terus bernafas dan seterusnya berkongsi ilmu di alam maya.
Kali ni Fiza nak share sikit pasal kejadian siang tadi untuk sama-sama kita beringat. InsyaAllah!.
Tadi Fiza dapat satu panggilan private number. So, Fiza angkatlah walaupun pada dasarnya malas nak angkat. Fiza bukan suka sangat dengan private number. Mencurigakan. Sebenarnya... Nurveous kalau dapat panggilan private number tau..
Nak dijadikan cerita... Panggilan tu dari seorang lelaki yang mengaku bahawa dia adalah salah seorang daripada staff ibu pejabat Celcom di Kuala Lumpur yang mengatakan nombor handphone Fiza menang cabutan bertuah... 3 teratas daripada top ten. Wah! teruja bila mendengarnya lebih-lebih lagi menang RM5000... Banyak tu.
Then, dia pun nak transfer duit tu... Tapi Fiza perlu pergi ke ATM mesin yang terdekat... Bila dah sampai call dia balik. Dia akan bagi nombor handphone katanya... Aik!... Pelik! Fiza malas nak layan... Terus bagitau kat dia boleh tak Fiza refer dengan cawangan celcom terdekat. Terus off line... Apa ke jadah nyer. Nak menipu yer! hengat semua orang boleh kenapa tipu! Marah ni...
Macam-macam manusia sekarang ni... Lebih-lebih lagi apabila menjadi hamba kepada wang... Sanggup menghalalkan cara. Wallahualam.
Sama-samalah kita beringat untuk lebih berhati-hati ketika menerima panggilan daripada orang yang kita tidak kenali.
6 Comments
itulah kalau kita terleka padah sedia menanti di depan...skrg ramai yang bersikap sebegini kerana mahukan kaya dengan jln mudah..
ReplyDeletexpat cayak cdak ya.. kaki pau org..
ReplyDeletejgn caya..tipu tipu tipu ...
ReplyDeletehye kak ^_^ lama x dtg sini..rendu
@Lang RadzlanThanks Lang Radzlan kerana sudi singgah dan follow blog Fiza. Betul kata awak tu ramai yang guna taktik kotor semata-mata nak dapatkan duit.
ReplyDelete@Aku Mad Yalah ya Mad. Mok pandai juak kita. Mun sik siap di pau sidaknya.
ReplyDelete@aniswany Betul... Betul... Betul... Hehe. Yalah! Akak pun lama dah tak singgah kat blog anis.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.