Hola ♥
MOSKOW - Seorang warga Muslim Rusia yang mendakwa dirinya sebagai lelaki tertua di dunia, meninggal dunia pada usianya yang ke-122. Lelaki itu merupakan saksi Revolusi Bolshevik hingga berakhirnya rejim Soviet Union.
Magomed Labazanov, lahir pada 1890 silam, tepat sebelum Tsar Nicholas II naik takhta. Pada saat Vladimir Lenin naik ke tampuk kekuasaan, Labazanov berusia 27 tahun. Pada saat itulah Revolusi Bolshevik bermula.
Menurut Labazanov, resepi panjang umur baginya adalah tidak meminum alkohol, merokok, dan tidak melakukan seks bebas. Labazanov sudah pernah berkahwin dua kali, namun dirinya terpaksa bercerai kerana gagal memiliki keturunan. Demikian, seperti diberitakan Daily Mail, Rabu (12/9/2012)
Lelaki yang sempat menjadi tukang kayu itu tidak pernah belajar untuk membaca dan menulis, namun dirinya menjalankan gaya hidup diet sihat dengan mengambil buah-buahan, susu, dan jagung. Makanan-makanan itu dipercayai menjadi rahsia panjang umur datuk berjanggut putih itu.
Ketika merayakan ulang tahunnya yang ke 118, Labazanov menari-nari dengan tarian tradisional Kaukasus. Keluarga Labazanov gagal memasukkannya ke Guinness Book of World Record kerana lelaki itu tidak mempunyai sijil kelahiran atau surat-surat yang menjadi bukti kelahirannya.
Menurut rakan Labazanov, surat-surat kelahiran itu hilang di saat munculnya rusuhan di era kebangkitan Soviet. Pada saat itu, masjid mahupun gereja dibakar.
Warga Muslim Rusia yang hidup di Dagestan, Caucasus, terkenal dengan umur panjang. Labazanov sendiri sempat mengatakan bahawa dirinya mempunyai 18 cucu dan lebih dari 20 cicit. Lelaki itu juga hidup lebih lama berbanding tiga anaknya. (AUL)

Dipetik dari okezone.
7 Comments
nak umo panjang kena minum susu,makan buah n jagung ekk.hehe
ReplyDeletewaa~muslim rupenye
ReplyDeleteGile arrr ! wa pun nak umo pnjang gak.
ReplyDeleteEntry Hangat : Cara Gemuk Yg Paling Mudah
@Puan Kutu Ha'ah kan... Leh kita try gak resepi panjang umur dia ni muni. Hehe.
ReplyDelete@wanie-raina Ha'ah Wani :)
ReplyDelete@AimanAziz Hehe... Kalau boleh lah kan.
ReplyDeletewahhh 100++ umo dia.. :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.