Hola 

Terjaga dari lena diulit mimpi... Terus nak update entri. Haha... 

Bukan terjaga dari lena diulit mimpi... Tapi terjaga bila mendengar Alia bangun... Biasalah kan baby. Mesti nak menyusu. 

Apalagi... Bila dah ada idea nak merapu, mulalah jari-jemari gatal nak update entri. Hurmmm... Nak mula dari mana yer...

Ok! Dulu time kecik-kecik kita mesti suka main aci sorok-sorok. Tak sah kalau tak main. Kekadang tu... Leka bermain tak ingat pun hari dah senja. Sampaikan kena marah dengan ibu. Bila terkenang saat itu... Alangkah seronoknya kan.

Sumber gambar adalah daripada Google Image

Seronok sampai gelak-gelak dan nangis dek kerana asyik tak dapat nak cari kawan yang menyorok. Hehe... Langsung tak terfikir pasal keselamatan kan. Apa kes? 

Itulah zaman kanak-kanak yang penuh dengan warna-warni permainan. 

Tapi takut gak apabila menonton satu berita di Edisi 7 di Channel 107. Akibat bermain aci sorok-sorok, akhirnya seorang kanak-kanak tersekat di dalam mesin basuh. Kisah ini berlaku di negara China.

Macam manalah ek! perkara tu boleh berlaku. Sampai ke situ pulak idea kanak-kanak tu nak menyorok. Bahaya betul. Nasib baik dapat keluar... Kalau time tu takde orang, then suiz terpasang... Bayangkan kalau kanak-kanak tu terkena spin... Hohoho... Sampai ke situ pulak imaginasi daku yer.

Hurmmm... Hakikatnya, setiap permainan pasti ada kebaikan dan keburukannya. Yang pasti as a parents kita hendaklah memantau setiap aktiviti yang anak-anak kita lakukan sepanjang masa. Memantau ok! Jangan lak mengongkong... Sampai main ni tak boleh, main tu tak boleh... gara-gara takut akan keselamatan anak-anak terancam. Ewah!Ewah! Sedap mulut nak nasihat kan orang yer...

Yang pasti... Kita sentiasa ada pilihan, dan setiap pilihan ada sebab dan akibatnya...

Wallahualam!